Khamis, 4 Oktober 2018

Rahsia AliBaba

Dengan arus perubahan teknologi masa kini, banyak perkara yang dahulunya agak sukar dilakukan kini menjadi mudah dengan adanya internet. Perkembangan dunia internet masa kini menyebabkan banyak benda fizikal yang kini dijadikan dalam bentuk digital.


Contoh seperti online banking. Jika dahulu kita perlu beratur panjang untuk di ATM bank untuk menghantar duit tetapi kini tidak lagi kerana dengan andanya internet banking segala urusan transaksi kewangan kini hanya dilakukan di internet yang urusannya lebih pantas cepat dan menjimatkan masa anda

Perubahan yang sama ini juga telah berlaku ke dalam sistem perniagaan pemborongan. Jika dahulu anda perlu pergi ke china untuk memborong dengan memerlukan anda mengeluarkan modal permulaan yang agak tinggi bagi membeli tiket flight, hotel dan sebagainya tapi kini tidak perlu kerana sekarang anda boleh memborong secara pukal hanya mengunakan internet sahaja.

Dengan memborong secara online, anda dapat menjimatkan masa dan kos berbanding cara biasa yang memerlukan anda untuk pergi ke china bagi melihat sendiri barangan yang ingin di borong masuk ke malaysia.

Kini terdapatkan banyak platform memborong secara online di internet yang anda boleh lakukan carian di internet dan antara platform yang berkembang maju dan semakin popular diluar negara dan masih ramai orang Malaysia yang tidak tahu mengunakannya adalah Alibaba.com.

Serius saya katakan bahawa sangat ramai rakyat di Malaysia yang tidak tahu mengenai Alibaba.com ini boleh buat duit dengan hanya memborong secara online sahaja. Sebutlah barang apa yg anda inginkan semuanya ada di Alibaba.com.

Kalau anda pernah melayari portal di Alibaba.com anda akan terkejut dengan senarai harga yang ditawarkan kerana ianya sangat-sangat murah berbanding dengan harga barangan yang dijual di Malaysia.

Jika anda berminat untuk membuat produk sendiri, anda juga boleh menggunakan platform di Alibaba.com sebab banyak kilang-kilang di China yang menyediakan servis OEM atau Original Equipment Manufacturer bagi buat produk dan barangan anda sendiri.

Alibaba.com juga antara platform yang bagus untuk anda gunakan bagi membuat pembandingan harga barangan yang anda inginkan. Dengan hanya melakukan carian di Alibaba.com, anda akan dapat melihat senarai harga barangan yang ditawarkan oleh setiap pengilang atau pembekal di website tersebut.




Tiada ulasan: