Khamis, 11 Oktober 2018

7 Cara Lagi untuk mengundang rezeki


Ada 7 lagi cara untuk mengundang Rezeki Allah seperti berikut...

  • Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 10% dari jumlah pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.
  • Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat sendiri makanan untuk mereka
  • Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.
  • Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.
  • Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk, dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.
  • Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.
  • Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pokok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.

Rezekimu bukan dari bossmu atau pelangganmu. Tapi dari Allah swt. Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.





Tiada ulasan: