Isnin, 1 Oktober 2018

DINDA KANDA



Dinda Andria. Nama bukan main sedap, tapi dia suruh orang panggil dia D saja. 

Bagi Khairi Raqib, pencarian gadis misteri selama tiga tahun berakhir bila D muncul di hadapan matanya. Lidah jadi kelu, hati pula hanya Tuhan yang tahu. Yang jadi masalahnya, jantung D tak berdegup laju. 

Gara-gara hutang terlanggar side mirror, Khairi Raqib dekatkan jarak hatinya dengan D. Bila lelaki itu ajak kahwin, D tak tahu sama ada dia malu atau mahu. Apa yang pasti, Khairi Raqib mahu hubungan mereka jadi kita. 

Kali ni jantung D sudah berdegup laju. Prinsip seteguh Tembok Besar China mula runtuh. Namun, ada rahsia yang Khairi Raqib pendam. Termasuklah peristiwa tiga tahun dulu.


Tiada ulasan: