Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan

Ahad, 7 Oktober 2018

PROMATHS

ProMaths ialah kaedah pembelajaran efektif matematik asas yang direka khas bagi membantu meningkatkan kemahiran mencongak nombor (mental calculation) dengan mengambilkira kepantasandan ketepatan.

Para pelajar diberi latihan di dalam kelas dan sebahagian latihan sebagai kerja rumah untuk mengekalkan momentum pembelajaran. Masa dan bilangan kesilapan dalam setiap latihan akan direkod di dalam kad laporan prestasi sebagai rujukan guru dan ibubapa bagi menilai prestasi pelajar dari semasa ke semasa sepanjang tempoh mengikuti program ini. 

Modul ini direka untuk membantu anak-anak membangunkan kemahiran asas Matematik seawal usia 5 tahun sehingga 12 tahun bagi membantu mereka menjalani proses pembelajaran Matematik di sekolah dengan lebih mudah. Silibus ProMaths yang merangkumi sehingga operasi bahagi membuka ruang kepada guru dan ibubapa mengenalpasti tahap penguasaan anak-anak dalam subjek Matematik seterusnya mengambil langkah sesuai samada membuat latih tubi ulangan yang lebih kerap bagi anak-anak yang lemah atau meneruskan peringkat (level) yang lebih ke hadapan (advance study).





Rabu, 3 Oktober 2018

Kuasai Bahasa Inggeris Anda

Kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar dan graduan tidak habis-habis diperkatakan di media-media massa mahupun media cetak hingga ke hari ini. Ibu bapa pening, guru-guru bahasa Inggeris pening, pengetua-pengetua pening, Menteri Pelajaran pening, Menteri Pengajian Tinggi pening, majikan pening dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang masih lemah dikalangan pelajar-pelajar dan graduan-graduan terutamanya yang berbangsa Melayu.



Alangkah ruginya setelah bertahun-tahun menghabiskan wang ringgit, masa dan tenaga menuntut ilmu di menara gading, tidak mampu memperoleh pekerjaan yang baikselepas tamat pengajian hanya kerana masalah bahasa. Apa sebenarnya yang berlaku? Susah sangatkah belajar Bahasa Inggeris? Siapa yang seharusnya dipersalahkan? Adakah guru-guru bahasa Inggeris? Kementerian Pelajaran Malaysia? Atau pelajar itu sendiri??

Hari ini jika anda merasakan yang diri anda masih lemah berbahasa Inggeris, tidak mengapa. Jangan rasa malu atau rendah diri. Saya amat memahami anda kerana saya pernah berada dalam situasi anda suatu ketika dahulu. Saya tidak dilahirkan sebagai seorang yang genius. 

Saya pernah gagal dalam peperiksaan bahasa Inggeris selama dua kali berturut-turut dan mendapat tempat yang terakhir di dalam kelas! Saya juga tidak belajar di sekolah aliran Inggeris, bukan juga berdarah kacukan Melayu-Inggeris, mahupun berjiran dengan Mat Saleh! Pendek kata saya kurang pendedahan dengan bahasa Inggeris. Biarpun begitu saya masih boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. 

Bagaimana saya melakukannya? Semuanya saya bongkarkan dalam ebook ini.








Ahad, 29 April 2018

Anak anda Masih Sekolah Rendah?




Berikut adalah katakunci penting dalam Matematik peringkat rendah yang WAJIB anak puan tahu..
.
TAMBAH (+)
  • Cari jumlah
  • Terima/ dapat
  • Lebih banyak
  • Lebih besar/ daripada
  • Hasil tambah/ bertambah
  • Kesemuanya/ semua sekali
  • Selepas/ lambat/ kemudian

TOLAK (-)
  • Beza
  • Selisih
  • Kurang daripada
  • Lebih kecil
  • Dibuang / dikeluarkan
  • Beri kepada
  • Menggunakan
  • Baki
  • Yang masih ada
  • Sebelum

DARAB(X)
  • Darab 
  • Kali
  • Daripada (pecahan / peratus)
  • Jumlah bagi sesuatu bilangan
  • Jumlah kesemuanya
  • Luas (panjang x lebar)
  • Isipadu = (panjang x lebar x tinggi)
  • Hasil darab

BAHAGI (÷) 
  • Bahagi 
  • Hasil bahagi
  • Kongsi bersama
  • Baki dari operasi bahagi
  • Diagihkan sama rata
  • Dipotong sama rata
  • Purata
Belajar sesuatu? Dapatkan lebih banyak tips-tips percuma Matematik dan koleksi soalan-soalan percubaan yang lepas-lepas beserta skema jawapan lengkap disini