Isnin, 21 November 2016

Jangan Kerana RM1k Segalanya Hancur



Jangan sesekali mengambil tindakan untuk berhenti kerja hanya kerana memperolehi keuntungan RM 1000 sebulan melalui internet. Sebenarnya ada yang sanggup berhenti kerja untuk fokus kepada perniagaan internet.

Dunia perniagaan internet sebenarnya ada pasang surutnya kerana segala-galanya ditentukan oleh Allah swt. Kerana tidak kira cabang perniagaan apa yang anda usahakan hakikatnya Allah swt jugalah yang memberi rezeki.

Realitinya mereka yang sudah berjaya dan fokus kepada perniagaan internet sepenuh masa adalah mereka yang pernah gagal berkali-kali. Hakikatnya mereka telah melalui zaman jatuh dan bangun.

Jatuh dan bangun itulah yang kita perlu berikan perhatian untuk berjaya dan bukannya terus berhenti kerja begitu sahaja. Sebaliknya biarlah kukuh dan konsisten terlebih dahulu.

Kuncinya belajarlah daripada kegagalan, kesilapan dan zaman kegelapan mereka. Jangan pandang pada kejayaan mereka semata-mata.

Mereka mungkin mengambil masa 1 hingga 2 tahun atau 5 tahun untuk berjaya menjana sekurang-kurangnya RM 3000 sebulan melalui internet.

Jalan selamat untuk anda, buatlah perniagaan internet secara part time. Biar lambat asal selamat kerana itu lebih baik. Jadi teruskanlah dengan pekerjaan tetap anda sebagai pendapatan aktif dan jadikan pernigaan internet sebagi pendapatan pasif.

Terokai dan pelajari lebih banyak ilmu berkenaan dengan bidang perniagaan internet. Buku buku, beli ebook dan tonton video kemudian hadam satu persatu semoga suatu hari nanti internet menjadi Paip Wang untuk anda.

Ingat lakukan perniagaan internet sebagai punca pendapatan pasif anda. Ingatlah tulang belakang di sebalik sesuatu perkara yang anda lakukan :
  • Doa
  • Usaha
  • Ikhtiar
  • Tawakal

Apabila kita memahami yang asas insyaAllah rezeki melimpah ruah seolah olah anda memahami Rahsia Rezeki