Sabtu, 31 Disember 2016

Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan





Pujuklah Hati



'Pujuklah Hati' mengajak, memujuk dan menasihati kita agar memujuk hati dalam setiap tindak-tanduk dan pertarungan emosi antara positif dan negatif ke arah menundukkan jiwa kepada-Nya. Kisah berselang puisi ini diadun rapi dengan kias dan tamsilan daripada kisah yang pernah dilalui oleh penulis sendiri, sebahagian anggota masyarakat, sirah, pengertian hadis dan ayat-ayat suci al-Quran menjadikan nasihat dan pujukan halus ini dengan mudah menelusuri naluri si pembaca yang sedang bergelodak dengan pelbagai rasa. Memang tidak dapat dinafikan kita yakni manusia, sering tewas dalam mengawal emosi dan memujuk hati. Namun, ia tidak boleh dijadikan alasan kerana ada Allah bersama kita. Mengadulah kepadanya, insya-Allah hati yang gundah boleh segera terpujuk.

Apa jua ujian yang melanda kita, bawa hati kembali kepada Allah dan lihatlah bagaimana dengan cepat kadar tekanan kita berkurangan!





Khamis, 29 Disember 2016

Fire Sale 2017 Cikgu Hafiz


7 Teknik & Strategi PROVEN RESULT Yang Cikgu Hafiz Buat Tahun 2016 Dalam Bisnes Internet Marketing HasilkanYang Anda Boleh Follow & Apply Untuk Bisnes Online Anda

Sebenarnya ada pelbagai strategi untuk hasilkan income dalam bisnes internet marketing dan ramai usahawan sudah follow teknik dan strategi beliau





So, saya syorkan anda juga gunakan teknik dan strategi ini untuk bisnes anda. 








Rabu, 28 Disember 2016

Jodoh Berdua


Siapa sangka, secawan teh o boleh dipegang sebagai sebab bertemu jodoh? Siapalah yang tahu, apabila gurauan yang dianggap serius akhirnya berakhir di pelamin? Juga, tiada siapa yang menyangka hantaran yang sudah siap hanya akan disimpan kemas-kemas dalam kotak di atas almari. Dipikat orang lain, bersahabat dengan orang lain, tetapi akhirnya dipinang oleh orang yang tidak pernah didekati? Serabut, tetapi ia memang berlaku. Kesemua kisah ini dikongsikan dalam Jodoh Berdua, seperti yang disampaikan kepada penulis. 





Selasa, 27 Disember 2016

Suami Hensem ... Isteri Ohsem



Menyelami perbezaan lelaki dan wanita dalam memperbaiki hubungan dan komunikasi suami isteri. 





Isnin, 26 Disember 2016

Detik Itu... DIA Menguji Kita



Seluruh kehidupan adalah ujian, namun ujian duka kelihatan lebih mencabar.


Buku ini merupakan tulisan bersama Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan Noraini Bahari. Konsep asas penulisan karya ini adalah untuk mengingatkan diri akan kematian yang pasti menjelma. Namun, sebelum detik itu tiba, kehidupan ini akan dilalui dengan kehadiran pelbagai ujian. Ujian sentiasa hadir. Dia mengajar kita untuk sabar dan solat. Itulah tanda redha menjadi tunggangan yang tidak memenatkan. Benar, sepanjang berusaha dan bertawakal, sudah pasti kita bertemu dengan onak, duri dan ranjau kerana kehidupan itu sendiri merupakan ujian besar. Kita dicipta dan dilahirkan di muka bumi ini semata-semata untuk menyembah dan beramal ibadat kepada-Nya.

Karya ini menampilkan kisah diri dan mereka yang hampir dalam melihat, merasai dan melalui setiap ujian-Nya yang datang bersilih berganti. Ujian biasa-biasa yang tidak terbanding dengan ujian para nabi dan rasul tetapi inilah teras penulisan yang mereka persembahkan kepada khalayak pembaca berkait dengan kisah-kisah kehidupan yang telah mereka lalui bersama dengan keluarga dan masyarakat. Tidak kiralah sama ada ia besar atau kecil, biasa atau luar biasa kerana sesungguhnya hidup adalah ujian. Niat akhir penulis agar karya mereka ini menjadi penyebab untuk mereka dan khalayak mendekatkan diri kepada-Nya. Insya-Allah.





Tip Memikat Temuduga Swasta





Kecurangan dalam Perkahwinan



Isu kecurangan semakin membarah hari ini dan banyak perkahwinan serta rumahtangga diuji dengan kehadiran orang ketiga. Namun, tiada penjelasan yang lengkap dan terperinci untuk memahami apa, siapa, mengapa dan bagaimana boleh berlakunya curang. Ramai di kalangan mereka yang berhadapan dengan isu sebegini mengunci diri daripada berkongsi disebabkan rasa malu sehingga membuatkan mereka sering bermain dengan emosi serta dihantui dengan pelbagai persoalan tanpa jawapan yang pasti. Kenapa dia curang? Apa kurangnya aku lebihnya dia? Apa tanda pasanganku curang? Siapa yang harus dipersalahkan? Bagaimana nak ubati hati yang terluka? Inilah antara persoalan yang akan terjawab di dalam buku ini selain meleraikan berbagai lagi tanda tanya yang membuntu di minda.

Kecurangan bukan sahaja memberi kesan terhadap pasangan dan hubungan mereka malah anak-anak juga akan turut terkesan dan sedikit sebanyak boleh mempengaruhi perkembangan dan cara hidup mereka apabila dewasa kelak. Lantaran itu, penulis memandang serius permasalahan ini sehingga menukilkan naskhah ini untuk membantu masyarakat hadhari yang hidup di zaman kecanggihan teknologi moden yang memungkinkan hidup berkeluarga lebih mencabar dan terdedah dengan aura negatif. Kecurangan Offline vs Kecurangan Online. Ingin tahu apa yang dimaksudkannya? Buku ini akan mengupas dan membincangkan mengenainya.

Diharap buku ini dapat membantu merungkai persoalan-persoalan yang menjadi tanda tanya setiap pembaca di luar sana khususnya bagi mereka yang berhadapan dengan isu kecurangan. Penting untuk diketahui dan difahami bahawa perkahwinan yang dihimpit dengan permasalahan ini masih boleh diselamatkan malah boleh jadi lebih baik hubungannya andai kedua-dua pasangan bersedia dan sanggup bekerjasama dan berkerja keras untuk memperbaiki dan menambahbaik kelemahan dan kekurangan masing-masing. Ingin tahu bagaimana? Buku ini ada jawapannya.

Segala jawapan, perbincangan, kupasan dan huraian yang dimuatkan dalam buku ini adalah melalui pengalaman penulis dari kes-kes rumahtangga yang dikendalikan, pengalaman pengamal kaunseling dan psikologi, kajian dan literatur tentang kecurangan serta dikuatkan hujah dengan dalil-dalil naqli Al-Quran dan Hadith. Allah SWT kata mesti jauhi, Rasulallah SAW sabda jangan hampiri. Namun, kenapa manusia masih dekati larangan ini? Buku ini akan memaparkan bukti-bukti naqli yang tidak boleh dinafi serta analogi-analogi yang boleh membuka mata hati.





Ahad, 25 Disember 2016

Buat Duit Dengan Bisnes Home Stay




Buku ini memberi gambaran sebenar berserta idea-idea kreatif, sisipan-sisipan penting dan contoh-contoh praktikal bagi bakal-bakal usahawan baru, penuntut-penuntut bidang perkhidmatan dan juga usahawan yang sedang menjalankan perniagaan Homestay. Skop buku ini merangkumi keperluan penginap, langkah-langkah perniagaan, impak daripada pelbagai pihak dan kejayaan bisnes yang diharapkan. Di akhir pembacaan, semestinya para pembaca akan dapat membuka minda yang akan memberi nafas baru dalam industri penginapan





40 Soalan Sebelum Memohon pinjaman Perumahan




Apa sahaja jenis pinjaman perumahan yang anda untuk membeli apa sahaja jenis hartanah, buku ini akan membantu anda memahami dokumen-dokumen yang anda tandatangani apabila anda mengambil pinjaman perumahan.

Buku ini mengandungi semua soalan (dan jawapan) yang perlu anda tanya peguam anda sebelum menandatangani sebarang pinjaman perumahan.

Buku ini akan:
  • Membuat anda faham tentang jenis-jenis pinjaman perumahan dan institusi-institusi yang menawarkan.
  • Menerangkan apakah pinjaman perumahan konvensional dan pinjaman perumahan Islam serta dokumen-dokumen yang digunakan ketika meminjam salah satu daripada -pinjaman-pinjaman ini.
  • Menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan penjelasan awal pinjaman, tempoh masa terkunci, rebat dan penalti.
  • Menerangkan apakah maksud margin, penilaian dan tempoh masa pinjaman.
  • Menerangkan dengan jelas bagaimana pinjaman perumahan diproses, bagaimana pemeriksaan latar belakang kredit dilakukan menggunakan sistem CCRIS dan CTOS.
  • Menerangkan keseluruhan transaksi pembelian hartanah dengan pinjaman perumahan secara infografik.

Cara pembacaan mudah dan contoh-contoh yang boleh diaplikasikan akan memudahkan anda untuk mencari topik-topik dalam buku ini mengikut keperluan anda. Buku ini adalah buku yang melengkapkan buku-buku tulisan Khairul Anuar sebelum ini dan apa jua buku mengenai hartanah dan kewangan. Buku ini tidak dipenuhi dengan terma undang-undang seperti ‘institusi kewangan’ yang digantikan dengan perkataan mudah seperti ‘bank’ untuk memudahkan ia difahami oleh para pembaca.

Bijak Hartanah




Buku ini akan mengupas cara mudah mendapatkan sekurang-kurangnya sebuah rumah untuk dijadikan aset dan akhirnya memperoleh keuntungan berlipat kali ganda hasil daripada memanipulasi strategi tanpa sebarang masalah. Selain itu, ia turut mengupas keperluan utama yang melingkari putaran hartanah rumah lelong selain pautan-pautan tambahan yang boleh anda jadikan sandaran dalam melangkah lebih jauh lagi.

Pelajari:
  • Membantu anda celik ilmu pelaburan hartanah rumah lelong yang berjaya.
  • Kaedah sebenar penguasaan hartanah rumah lelong mengikut langkah-langkah yang praktikal didedahkan.
  • Pelabur hartanah ‘luar biasa’ melabur dengan perancangan, strategi dan hala tuju jelas. Melabur dengan menyusun atur modal secara efektif dan penuh terancang serta membeli berdasarkan kitaran/faktor pasaran.
  • Pembaca mampu untuk mendapatkan rumah pada kadar yang amat murah melalui pembacaan buku ini.
  • Anda akan tahu lebih mendalam lokasi terbaik untuk anda membuat Pelaburan Hartanah yang boleh memberikan pulangan semaksimum yang mungkin.

Sabtu, 24 Disember 2016

Biografi Muhammad bin Abdullah





Kenang perjuangan Nabi Muhammad SAW melalui kisah agungnya.

Dapatkan buku Biografi Muhammad Bin Abdullah, yang berkongsi kisah perjalanan hidup pemimpin yang sentiasa dirindui.





Sabtu, 3 Disember 2016

English Itu Mudah




Antara kekangan/masalah yang dihadapi apabila belajar GRAMMAR:

  • Banyak perkataan yang tidak difahami (vocab) bila membaca buku rujukan
  • Mudah bosan kerana setiap kali tak tahu makna perkataan kene bukak kamus
  • Penerangan dalam buku tentang penggunaan GRAMMAR yang betul sukar difahami

' KINI .... ADA PENYELESAIANNYA '

DAPATKAN BUKU 'ENGLISH ITU MUDAH'

Mudah difahami kerana penerangan cara/kaedah penggunaan GRAMMAR yang betul diterangkan dalam 'BAHASA MELAYU'





Jumaat, 2 Disember 2016

Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam


Adakah anda dipanggil untuk sesi peperiksaan Online untuk jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam


Jika dipanggil ..... ada rujukan untuk anda. 



Jika anda tak tahu anda dipanggil atau tidak, boleh terus semak di laman rasmi spa.gov.my

Khamis, 1 Disember 2016

Adat vs Ibadat



Masyarakat Melayu Islam mempunyai amalan keagamaan yang tersendiri. Amalan-amalan ini diwarisi daripada generasi sebelum mereka. Hari ini, kedengaran suara dan tulisan yang mempertikaikan amalan - amalan yang dilakukan oleh masyarakat tersebut. Kritikan dan pertikaian terhadap amalan ini disandarkan kepada sebuah hadis Nabi SAW. Akibatnya, timbul pergaduhan dan perbalahan dalam kalangan masyarakat Melayu Islam. Oleh itu, milikilah buku ini bagi mengetahui jawapan kepada beberapa persoalan mengenai amalan masyarakat Islam di Nusantara.

  • Kelebihan 1 - Perbincangan tentang sesuatu isu dan amalan yang kerap menimbulkan perbalahan dibincangkan secara ilmiah.
  • Kelebihan 2 - Antara wasilah utama untuk memahami panduan Islam berdasarkan kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam suatu amalan yang berlegar dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
  • Kelebihan 3 - Semoga penjelasan dalam buku ini dapat mendidik individu menjadi seorang Muslim yang moderat, dan mampu mewujudkan suasana harmoni dalam komunitinya sendiri.
  • Kelebihan 4 - Gaya persembahan buku yang menarik, ringkas dan mudah difahami.





Ahad, 27 November 2016

Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29



Baru-baru ni SPA panggil lebih kurang 40,000 graduan  untuk exam PTD. Ni ada lagi panggilan terkini untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29.

Jika anda ada isi borang SPA8i sebelum ini, nama anda mungkin ada dalam senarai panggilan.

Buat semakan terus di e-semakanbcc.spa.gov.my


Macam mana ada tak nama anda? Opsss! Gemuruh?

Anda akan bersaing dengan ribuan calon yang lain. Tapi saya yakin tak semua tahu sebenarnya ada rujukan 'underground' untuk exam ini.






Isnin, 21 November 2016

Jangan Kerana RM1k Segalanya Hancur



Jangan sesekali mengambil tindakan untuk berhenti kerja hanya kerana memperolehi keuntungan RM 1000 sebulan melalui internet. Sebenarnya ada yang sanggup berhenti kerja untuk fokus kepada perniagaan internet.

Dunia perniagaan internet sebenarnya ada pasang surutnya kerana segala-galanya ditentukan oleh Allah swt. Kerana tidak kira cabang perniagaan apa yang anda usahakan hakikatnya Allah swt jugalah yang memberi rezeki.

Realitinya mereka yang sudah berjaya dan fokus kepada perniagaan internet sepenuh masa adalah mereka yang pernah gagal berkali-kali. Hakikatnya mereka telah melalui zaman jatuh dan bangun.

Jatuh dan bangun itulah yang kita perlu berikan perhatian untuk berjaya dan bukannya terus berhenti kerja begitu sahaja. Sebaliknya biarlah kukuh dan konsisten terlebih dahulu.

Kuncinya belajarlah daripada kegagalan, kesilapan dan zaman kegelapan mereka. Jangan pandang pada kejayaan mereka semata-mata.

Mereka mungkin mengambil masa 1 hingga 2 tahun atau 5 tahun untuk berjaya menjana sekurang-kurangnya RM 3000 sebulan melalui internet.

Jalan selamat untuk anda, buatlah perniagaan internet secara part time. Biar lambat asal selamat kerana itu lebih baik. Jadi teruskanlah dengan pekerjaan tetap anda sebagai pendapatan aktif dan jadikan pernigaan internet sebagi pendapatan pasif.

Terokai dan pelajari lebih banyak ilmu berkenaan dengan bidang perniagaan internet. Buku buku, beli ebook dan tonton video kemudian hadam satu persatu semoga suatu hari nanti internet menjadi Paip Wang untuk anda.

Ingat lakukan perniagaan internet sebagai punca pendapatan pasif anda. Ingatlah tulang belakang di sebalik sesuatu perkara yang anda lakukan :
  • Doa
  • Usaha
  • Ikhtiar
  • Tawakal

Apabila kita memahami yang asas insyaAllah rezeki melimpah ruah seolah olah anda memahami Rahsia Rezeki

Ahad, 20 November 2016

Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah


Salam satu Malaysia .....

Okey .... dah lama jugak ... adda tak join GA ... sekarang adda tak lah sesibuk memanjang ... yelah ... cuti sekolah pun tak lama lagi ... keputusan sekolah rendah dan sekolah agama anak pun dah keluar ... alhamdulillah ....  

Okey .... tue je lah ..... musim cuti sekolah duk umah je .... nak berjalan-jalan tue ... memang tak sesuai .. memandangkan sekarang ... semua barang harga naik ..... 

Issue minggu lepas ... dan yang paling geram .... minyak kat kedai semua tak ade stok ... semua kedai aku dah terjah .... nasib baik kedai maslee ade ... kalu tak ... dapur tak berasap



Kalu korang nak join GA nie ... klik je banner kat atas tue



Selasa, 15 November 2016

Panduan Bisnes Bakeri Dari Rumah



Apakah perasaan anda jika anda boleh menjana pendapatan RM200 hingga RM1,0000 sebulan... SECARA SAMPINGAN DAN HANYA DARI RUMAH! Serba-sedikit.. pasti ianya akan dapat membantu kehidupan anda bukan?

Tidak dapat dinafikan lagi, kos sara hidup sekarang sememangnya amat tinggi! Jika hanya sekadar mengharapkan pendapatan suami sahaja untuk menampung kos kehidupan sekeluarga, ia sememangnya agak sukar.

Lebih-lebih lagi jika anda turut mempunyai bilangan anak yang agak ramai. Harga susu, lampin pakai buang, yuran tadika/taska, yuran transit... semuanya semakin mahal dan harganya sentiasa naik setiap tahun.

Jadi, mahu atau tidak... anda perlu berusaha dan berikhtiar untuk menambahkan pendapatan keluarga!

Sememangnya, ada banyak cara dan peluang untuk menambahkan pendapatan di luar sana! Namun begitu, kebanyakkan cara tersebut memerlukan anda untuk keluar dari rumah dan pergi menjual.

Disebabkan itulah.. maka... membuat bisnes bakeri secara sambilan dari rumah.. adalah merupakan salah satu cara yang terbaik untuk anda!

Nak tau kenapa?

Kerana....

  • Kos Pemulaan Yang Kecil - Anda boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di rumah anda!
  • Tidak Perlu Terlalu Menjual - Ini adalah kelebihan besar bisnes bakeri dari rumah! Anda hanya perlu membuat kuih / kek / roti hanya selepas anda mendapat tempahan sahaja! Jadi, tiada risiko kuih/kek/roti anda tidak habis dijual sepertimana yang sering berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual.
  • Urusan Rumahtangga Masih Terjaga! - Ya! Memandangkan anda hanya membuat kuih di dalam rumah, maka, anda masih lagi boleh memantau dan menguruskan anak-anak anda. Urusan kerja dalam rumah juga masih boleh diteruskan seperti biasa. Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami anda yang mungkin risau andainya anda terabaikan urusan anak-anak apabila sibuk berniaga!




Isnin, 14 November 2016

Penyewa Hantu Tuan Rumah Buaya




Penyewa hantu ni kita boleh kenal. Bila penyewa tu liat bayar sewa, buat rumah macam tongkang pecah dan entah apa-apa lagi sampai kita menjerit, "Hantu La Kau!" Haa itulah penyewa hantu.

Tuan rumah pun ada karenah. Tahu nak pau duit penyewa. Nak naikkan sewa sesuka hati, spot check macam warden asrama tapi bila rumah rosak teruk tak nak baiki. Dasar buaya tembaga.

Heheh.. macam-macam ragam.

Ramai boleh jadi pening uruskan penyewa. InsyaAllah, anda tak berapa pening kot kan sebab baca buku ni...




Hari Tanpa Tarikh



Kiamat sudah dekat. Tanda-tandanya juga sudah banyak yang dapat kita lihat. Apa yang berlaku pada bumi ini menunjukkan ia sudah semakin hampir ke penghujungnya. Percaya kepada hari kiamat adalah rukun Iman kelima. Namun apakah kita sedia untuk menghadapinya? Cukupkah bekal amalan kita untuk dibawa ke sana? Atau masih leka dengan mainan dan perhiasan dunia? Penulis menyampaikan apa yang perlu setiap Muslim tahu tentang kiamat sebagai suatu peringatan kepada kita bahawa kengerian dan kedahsyatan hari kiamat itu melebihi jangkauan dan bayangan manusia. Antara topik yang dikupas:

  • Ngerinya Hari Kiamat
  • Mati: Permulaan Alam Akhirat
  • Persiapan untuk Mati
  • Mati dalam Husnul Khatimah
  • Gambaran Seksa Kubur
  • Ketuk Hati dengan Kiamat
  • Hari Akhirat: Terbongkar Segala Dosa
  • Berhakkah Kita Melalui Titian Sirat Allah?
  • Empat Karakter Ahli Syurga
  • Nama-nama Neraka dan Azabnya.





Ahad, 13 November 2016

SifuFBAds Copywriting








Nota Pantas Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik


Masa sudah semakin suntuk untuk anda membuat segala persediaan rapi untuk hadapi peperiksaan exam online Pegawai Tadbir Diplomatik. Jika anda merupakan calon yang dipanggil , usah biarkan masa menjadi penghalang untuk anda siap sedia dengan apa jua kemungkinan.

Andai ini merupakan kali pertama dipanggil untuk menjalani ujian peperiksaan online PTD, maka seharusnya anda tidak boleh memperjudikan peluang yang ada. Ini mungkin peluang pertama dan terakhir anda. Anda mungkin merasakan bahawa apa yang anda tahu sudah cukup untuk menghadapi exam Pegawai Tadbir Diplomatik. Bagaimana kalau ianya adalah sebaliknya? Sanggupkah anda ambil risiko?

Ramai calon percaya bahawa mereka sudah melakukan persediaan dengan baik. Namun, tanpa nota pantas exam PTD, contoh soalan latih tubi PTD dan rujukan tambahan berkaitan GST dan GTP; persediaan akan menjadi lebih baik, malah mungkin lebih baik daripada calon yang lain.

Perlu diingatkan bahawa proses ujian exam Pegawai Tadbir Diplomatik ini merupakan peringkat terpenting dalam pemilihan calon. Anda perlu pastikan bahawa anda lulus. Dan untuk lulus, anda sekurang-kurangnya memerlukan nota pantas sebagai satu mekanisme tambahan untuk menyemak semula, ulangkaji kembali, refresh apa yang telah dan belum anda ketahui.

Soalan exam Pegawai Tadbir Diplomatik bukan mudah. Ia susah kerana ia melibatkan seksyen yang bakal melambatkan anda untuk bertindak, ia mempunyai seksyen yang boleh mengelirukan anda, walaupun jawapan sudah tersedia di depan mata.

Jangan perjudikan nasib, elok anda lakukan persediaan untuk hadapi exam Pegawai Tadbir Diplomatik dengan nota-nota pantas, ringkas dan padat.

Pakej rujukan ini mungkin yang anda perlukan. Jangan biarkan peluang ini disia-siakan. 


Semoga berjaya, dan dimanfaatkan sebaiknya.







Bisnes Kek Dari Rumah


Perniagaan kek merupakan antara bisnes dari rumah yang agak lumayan. Sebabnya mudah..Anda :

  1. Tidak perlu Sewa kedai
  2. Tidak perlu Mengeluarkan kos pengiklanan (guna internet je)
  3. Tidak perlu simpan stok. Ada tempahan baru buat.
  4. Tidak perlu lesen perniagaan. Tapi kalau daftar lagi bagus.
  5. Tidak perlu membeli peralatan yang mahal. (Guna je apa yang ada, oven,mixer & etc)
Sebab inilah ia menguntungkan. Sambil berFB pun anda boleh mempromosikan bisnes anda. Jadi anda mempunyai lebih masa untuk keluarga.

Secara tidak langsung, ia boleh membantu keluarga mendapatkan pendapatan tambahan.

Dalam pakej ini sediakan, beliau menunjukkan bagaimana untuk membuat kek kukus dan bagaimana untuk memasarkannya menerusi internet.

Anda boleh membaca buku, tetapi ia takkan sama dengan apa yang Pn. Shida tunjukkan di dalam video CD DVD Kek Kukus ini.

Anda boleh dapatkannya di Pakej Kek

Ia pasti akan membantu anda menjadi seorang usahawan dari rumah yang berjaya.






Khamis, 10 November 2016

Panduan Belajar Bakeri




Tahukah Anda Kebanyakan Perniagaan Bakeri Di Rumah Sangat Lumayan?

Kenapa ya? Sudah tentu.
  • Anda tidak perlu membayar sewa kedai.
  • Anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk pemasaran.
  • Anda tidak perlu peralatan yang mahal. Gunakan sahaja apa yang ada dirumah.
  • Dengan Internet, anda boleh mendapat pelanggan yang tidak putus.
Ini adalah antara sebab perniagaan bakeri sangat lumayan. Dan sesiapa sahaja boleh melakukannya walaupun tanpa pengalama perniagaan.

Anda tidak perlu berkursus untuk menjadi seorang usahawan surirumah. Apa yang best, ia langsung tidak menganggu tugasan sebagai surirumah atau kerjaya anda.









Untuk Calon MUET



Jika anda adalah calon Peperiksaan MUET, Anda pasti tahu yang anda perlu LULUS Peperiksaan MUET ini untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama (Degree) di Institusi Pengajian Tinggi awam IPTA) tempatan.

MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Sebab itulah peratusan GAGAL lebih kurang separuh setiap kali peperiksaan berlangsung. Ada yang mengatakannya sukar. Mereka yang mahu melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) tempatan harus mendapat sekurang-kurangnya BAND 3 dalam peperiksaan tersebut.

Serius, susah nak lulus peperiksaan MUET ni, jika melakukan persediaan pun tidak melakukannya secara menyeluruh, tapi jika anda betul nak berjaya, anda boleh mengikuti tips berjaya peperiksaan MUET melalui link rahsialulusmuet.com




Ahad, 6 November 2016

Never Give Up!



Pernah tak rasa down dan lemah bila bisnes anda ada banyak masalah?

So, cara nak tangani perasaan macam ni ialah.....anda kena tanya balik diri anda, apa objektif asal anda buat bisnes. Apa target anda?

Nak tolong family?

Nak tambah income untuk bayar hutang yang bertimbun?

Nak tampung yuran belajar adik beradik?

Nak kumpul duit downpayment rumah?

Tak kisahlah apa pun objektif dan target anda buat bisnes, yang penting anda TAK BOLEH STOP selagi anda tak capai target tersebut. Apa jadi pun anda mesti usaha teruskan jugak.

Kalau anda nak tahu, kebanyakan kisah turning point ramai orang berjaya dalam bisnes ialah selepas mereka hadapi  satu masalah besar, zaman kejatuhan dalam bisnes mereka.

Bayangkan kalau masa tu mereka give up dan stop, thats it,  sampai situ sahajalah terkubur bisnes mereka.

Tapi mereka pilih untuk hadapi masalah tu, cari jalan untuk selesaikan. Mereka sanggup bersusah payah, gagal berkali kali dahulu hinggalah akhirnya bertemu kejayaan.

Itulah semangat berniaga yang sebenar! Memang begitulah lumrahnya. Orang yang giveup dan takut gagal adalah orang yang tak layak untuk berjaya dalam bisnes.

Jangan sesekali give up! Mungkin kejayaan anda berada beberapa langkah je lagi di  depan. Kalau anda giveup dan berhenti, anda tak akan dapat rasa kejayaan itu.

Teruskan, kuatkan semangat sedikit  sahaja lagi untuk capai kejayaan  tersebut.



Mau'izhah Hasanah




Pengakhiran bagi setiap kehidupan adalah kematian. Kematian yang Husnul Khatimah menjadi idaman setiap orang beriman. Pun begitu, hakikat akhir kehidupan tidak terhenti di situ. Liku-liku perjalanan yang bakal kita tempuhi setelah itu adalah lebih mencabar dan masih panjang.

Buku ini membicarakan tentang kehidupan selepas kematian yang jarang manusia mahu mengambil tahu tentangnya. Sedangkan alam barzakh itu, seandainya manusia tahu realitinya yang sebenar, pasti dia akan mengabaikan dunianya. Malah menumpukan seluruh hayat untuk mempersiapkan bekalan menghadapi alam barzakh. Membacanya bukan untuk menambah takut, tetapi menambah ilmu dan takwa supaya giat menyiapkan bekalan kerana kita semua pasti akan menghadapi malam pertama di barzakh.





Jumaat, 4 November 2016

Jom Tambah Like


Segmen kali ni adalah JOM TAMBAH LIKE. Segmen ini bertujuan untuk memperbanyakkan lagi bilangan like Facebook Page korang.. 









Jom la support Segmen Jom Tambah Like ni. Tapi syaratnya kena ada Facebook page la.

KERJA PENAT DAN TAK BERBALOI!





Bila kita rasa kerja kita ini terlalu susah, penat dan tak berbaloi. Sesekali tenunglah makcik jaga dan makcik 'cleaner' tempat kita kerja.

Kita akan rasa lebih bersyukur dengan apa adanya. Masih ramai kawan kita yang tiada kerja yang sempurna berbanding kita.

Minyak masak naik mereka paling terkesan dan terasa.


Sumber: FB Azizul Azli Ahmad

Rabu, 2 November 2016

Banyak betul isu minggu nie ....




Memang banyak sangat isu minggu nie yang berkaitan dengan isu minyak...hospital...bola sepak....artis... dan macam-macam lagi .... 

Apa-apa pun bertenanglah wahai hati. Jangan terbabas sampai lupakan cara nak bertenang. 

Pada yang berniaga ingat tujuan asal kita nak bantu orang. Pada yang baru nak mulakan perniagaan pun sama, ingat berniaga sebab nak bantu orang bukan sebab kos sara hidup tinggi dan takda duit. Memanglah sekarang semua barang mahal semua nak pakai duit. 

Apa salahnya berniaga sebab nak tampung kos sara hidup dan nak teruskan hidup? Takda cakap pun salah... Cuma dalam berniaga ni pelik sikit. Kena ada matlamat dan tujuan lebih besar daripada tu. Sebab kita berniaga bukan sekadar nak jaga makan minum diri je. Tapi berniaga nak bina legasi dan masa depan yang lebih berat dan besar serta jangka panjang. Takut nanti impian setakat tu je, bila diuji lagi, teruk jadinya. Landasan memang kena sentiasa betul. Gitu... Fokus penyelesaian. 

Kejar duit, duit lari... Jangan dikejar. Macam kita fokus dunia ajelah. Risaukan hidup dunia. Akhirat tak risau pun. Pelikkan? Betulkan mindset tu dan betulkan diri kita dulu apa yang patut tak betul tu. 

Boleh? 

Jom istifar semoga dosa kita hari ni yang banyak sangat ni duk marah pasal itu ini terhapus lah. Tenanglah wahai hati dan tidur. Jom ingat Allah bebanyak.

Selasa, 1 November 2016

Menutup Mulut Ketika Menguap



Hadith: 
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang di antara kamu menguap, maka hendaklah ia meletakkan tangannya ke mulut kerana sesungguhnya syaitan akan masuk ke mulut sekiranya tidak di tutup ketika menguap.”

Huraian Hadith: 
  1. Dituntut oleh Islam meletakkan tangan dan lain-lain ke atas mulut ketika menguap. Tujuan berbuat demikian adalah untuk menghalang syaitan masuk ke mulut sehingga orang tersebut dikuasai oleh syaitan.
  2. Makruh bagi orang yang menguap mengeluarkan suaranya ketika menguap, sesungguhnya syaitan itu sangat suka kepada orang yang lalai dalam apa keadaan sekalipun.



(Hadith Riwayat Muslim)

Fikir dulu sebelum .....


Hmmm aku tak tahulah ... apa masalah budak nie





Aku tak kisah ... korang nak sokong pasukan mana .... setiap pasukan ada kelebuhan masing-masing ... tapi jangan lah kait kan yang bukan-bukan  ..... cuba lah fikir .....


Sebelum Tweet atau komen ... sila fikir dahulu .... tak perlu lah mencaci atau sebagainya .....  

WAJIB MENCARI REZEKI



Allah menciptakan siang tujuannya adalah agar kita boleh bekerja mencari penghidupan.

“Dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan.”(An-Naba’:11)

Allah memerintahkan hamba-Nya agar bertebaran di muka bumi untuk mencari kurnia-Nya setelah selesai menunaikan solat.

“Apabila solat telah dilaksanakan maka bertebaran kamu di muka bumi, carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung.”(Al-Jumaah:10)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menegaskan,

“Mencari rezeki yang halal adalah wajib sesudah menunaikan yang fardhu (seperti solat dan puasa)”. (HR Thabrani dan Baihaqi)

Oleh yang demikian, janganlah kita bermalasan. Rezeki tidak akan datang sendiri tanpa diusahakan. Jangan harap rezeki turun dari langit.

Bangkitlah dan berusahalah!

Inshaa Allah semua ini bernilai di sisi Allah dan akan menjadi kafarah atas dosa-dosa kita.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya ada dosa-dosa yang tidak terhapuskan dengan melakukan solat, puasa, haji dan umrah.

Para sahabat bertanya, “Lalu apa yang dapat menghapuskannya, ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab, “Bersemangat dalam mencari rezeki.”

Walau apa pun halangan, tetaplah bersemangat dalam usaha memperoleh rezeki yang halal lagi baik.

Ahad, 30 Oktober 2016

Birthday Giveaway by KasihkuAmani


Salam satu Malaysia Dan Happy Deepavali

Sempena cuti sekolah nie ... memang kita ada masa nak join GA nie ...

Kalau korang nak join pun boleh ....

Tarikh GA dari 1 October hingga 30 November 2016

Klik Je banner di bawah



Jumaat, 28 Oktober 2016

GIVEAWAY SALAM PERKENALAN by MASHITAHMAMAT



Salam Jumaat....

Okey ... lega ... minggu nie ... peperiksaan sekolah rendah dan sekolah agama anak pun dah lepas ...

Tunggu naik cuti sekolah 2 November nia untuk penerimaan buku teks sekolah rendah dan sekolah agama .... haa tue belum lega .... sebab nak bawa buku balik tue yang berat ... lagi kalau budak darjah 5

Untuk makluman semua GA nie baru bermula 13 oct dan tarikh akhir 15 november ... 

Jom pakat ramai join GA nie ... klik jer banner di bawah nie




Khamis, 27 Oktober 2016

Sunnatullah Mencari Rezeki



Allah SWT memberi rezeki kepada burung, tetapi Dia tidak melemparkannya ke dalam sarang burung.

Dia menetapkan bahawa burung itu mesti berusaha mencari rezekinya. Sebab itulah setiap burung terbang keluar pada waktu pagi untuk berikhtiar mencari rezekinya dan pulang pada waktu petang dalam keadaan perut kenyang.

Inilah Sunnatullah.

Kita sebagai manusia juga tidak akan terlepas dari sunnatullah ini. Jika kita ingin memperoleh rezeki yang banyak, kita harus gigih berusaha. Kita mesti bergerak aktif menjemput rezeki kita.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri..” (Ar-Ra’d:11)

Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya sesuai dengan kualiti ikhtiarnya. Jadi, jika usaha kita cuma secawan, jangan mimpi nak dapat sebaldi. Kita tidak akan mampu menanggungnya nanti.

Sikap terbaik yang harus kita lakukan adalah gigih berikhtiar menjemput rezeki, diiringi dengan doa dan tawakal kepada Allah SWT.

Kita serahkan sepenuhnya kepada Nya. Sungguh Allah Maha Luas kurnia Rezeki-Nya.


Rabu, 26 Oktober 2016

Baca je walaupun tak faham, sebab ia ada SIDE EFFECT




Ada satu buku ni memang pelik sikit. Buku lain kita baca utk faham, tapi buku ni kita baca juga tapi ramai yang tak faham.

Nama buku itu Al-Quran.

Disebabkan tak faham (yelah, ia dlm bahasa arab kan?), kita tak begitu teruja nak 'dig deeper' isinya. Tak macam fb, teruja je nak baca. Tapi buku ni ada satu SIDE EFFECT yg tiada pada buku lain, even wassap pun tiada.

POWER, side effectnya adalah ....ia boleh datangkan keberkahan dlm hidup.

'(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan BERKAH, untuk mereka memahami kandungan ayatNya, dan untuk mereka yg gemar mengambil iktibar'. (Surah Sod, 29)

  • Hidup yg berkah, masalah banyak pun tapi kita ada keyakinan nak menghadapinya.
  • Hidup yg berkah, duit sedikit dirasa nikmat. Dirasa banyak
  • Hidup yang berkah, rumah kecil tapi kebahagiaan memenuhinya.
  • hidup berkah, hati mudah je terpanggil nak sedekah, pergi masjid & sayangi orang.

Berkah. Barokah. Keberkatan. Itulah yang kita dapat bila baca Al-Quran.

Bacalah Al-Quran agar hidup kita terisi dengan berkah. Bacalah walaupun tak faham sebab kita pasti dapat manfaat. Wajibkan diri membacanya at least semuka sehari walaupun ganjaran pahalanya tak pernah dilihat, tak pernah dirasai.

Kerana Al-Quran ni bukan tulisan biasa. Al-Quran adalah Kalamullah.... idea, firman Tuhan. 'Deal' dengan Tuhan tiada yang sia-sia. Semuanya nikmat, semuanya manfaat belaka.

Untuk mereka yang 'believe' : beriman.

Andai anda masih bermasalah membaca Al-Quran, masih banyak 'sangkut-sangkut' ketika membacanya ..Hadiri seminar Tajwid Luarbiasa. InsyaAllah dlm 2 hari sj, anda ada ilmu yg cukup utk lebih yakin baca Quran tanpa salah-silap. Lebih yakin join tadarus & lebih yakin mengajar anak baca Quran sendiri di rumah.


--> Dewan Produktiviti MPC, Bandar baru Uda, J.B pada 28 & 29.10.16


Maklumat lanjut, layari :

Isnin, 24 Oktober 2016

Kelebihan baca Quran awal pagi yg ramai tak perasan






Al-Quran ini Tuhan ibaratkan seperti ubat. Ia ada hidden healing effect (syifa' fis sudur), kesan penyembuh yang hanya dirasai oleh pengambilnya :


'Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu Al-Quran, peranannya
sebagai pengajaran dari Tuhanmu, penawar bagi penyakit batin dalam hatimu,
sebagai hidayah petunjuk serta rahmat bagi orang beriman'. (Surah Yunus, 57)


Kita ni nampak je luarannya sihat, tapi dalamannya sakit. Kita cepat sakit hati, tak puas hati, geram, dengki, keras hati, lupa bersyukur, cepat putus asa, banyak berprasangka, pemalas, buang masa, suka maksiat & jauh dari Tuhan. Status kita parah sebab, kebanyakan masalah hidup yang kita hadapi sekarang berpunca dari sikap negatif inilah.


Tapi bila kita mulakan hari dengan membaca Al-Quran, kita sedang makan 'ubat & pil vitamin' hati.


Macam pagi tadi saya baca Surah Yusuf. Biasalah kan, kita ni bila bangun tidur mulalah risau banyak kerja, takut hari ni rezeki tak lancar dll. Itu petanda hati kita mula diserang penyakit. Kemudian bila saya 'telan pil', baca kisah Nabi Yusuf, hati saya mulai tenang.


Saya disedarkan, sebenarnya hidup ini so wonderful. Masalah yang saya hadapi sebenarnya amat kecil jika dibandingkan dengan idola saya, Yusuf. Baginda dulu hidupnya lagi 'hire-wire'. Sejak kecil terpisah dari ibu-bapa, abang sendiri nak bunuh, jadi hamba abdi, masuk penjara, kena fitnah & so on.


Pendek kata hidupnya bukan seharian teruk, tapi bertahun!


Orang begini jika berdasarkan zahir, pasti hatinya penuh dendam kesumat, dengki, pemarah, negatif, putus asa dll. Tapi Nabi Yusuf sebaliknya. Baginda kekal positif & rileks. Keep calm kerana baginda dapat 'power' tawakkal dari Tuhan.


Bila baca kisah ni, saya tak sempat pun nak berfikiran negatif sebab dah ada benchmark Yusuf dalam hati. Saya termotivasi utk merencana lebih baik & pergi lebih jauh kerana saya belajar dari Yusuf, seorang yg asalnya hamba pun boleh jadi somebody berjaya (menteri).


Apatah lagi kita yg ada SPM, Degree, Masters & PhD!


Bacalah Al-Quran di awal pagi. Ia bakal beri kesembuhan dlm bentuk keyakinan.
Rasa yakin utk kita menghadapi segala cabaran harian sebab, kita pun memulakan hari dengan 'pil vitamin' sama dengan Nabi Yusuf ambil, iaitu 'pil' tawakkal


keyakinan utk lakukan segalanya kerana kita disupport & dibantu Tuhan.


Itulah medicine dari Al-Quran. Dan ubat ini hanya akan berfungsi jika kita 'telan' setiap pagi. Kalau tak telan (baca Quran), macammana ia nak sembuhkan penyakit kita kan?


Jangan lupa ya, ambil pil ini sebelum pergi kerja. Anda pasti ada extra energi sepanjang hari.


Dan oh ya, ubat ni sifatnya tak boleh ambil sekali sehari je. Kena ambil 5x sehari. Bukan selepas makan, tapi selepas solat.


Senyum :)


P.S : Ubat ini (Al-Quran) ada cara pengambilannya. Maksudnya, ada tatacara bacaannya tersendiri yg dipanggil tajwid. Ilmunya simple je tapi ramai orang fikir susah.

Jom hadiri seminar Tajwid Luarbiasa. Dalam 2 hari sahaja,  anda akan kuasai tajwid & ilmu bacaan Al-Quran  hingga ke tahap yakin baca Al-Quran sendirian
& mampu ajar anak-keluarga di rumah :)