Selasa, 16 Mei 2017

Bekerja Dari Rumah .... Jadi Bos Sendiri


Pernah tak anda mendengar nama-nama seperti SifuFBAds? Khairi Like Method? Dr. Azizan Osman? Darren Rowse? Seth Godin?

Mereka-mereka ini adalah antara orang-orang berjaya yang sudah mencapai kekayaan yang ramai idamkan dengan menjual informasi sahaja.

Informasi untuk menguasai sesuatu, untuk menjadi lebih bijak dari sebelumnya, untuk menjadi lebih mahir, untuk menjadi lebih kaya. MALAHAN, dalam apa bidang sekalipun, memiliki informasi adalah satu kelebihan, malahan IA BOLEH MENJADI SENJATA KEKAYAAN, KEJAYAAN, MALAHAN KUASA dekad ini.

Dan jika anda perasan, jutawan sekalipun akan merendahkan diri mencari maklumat lebih untuk perniagaan mereka setiap tahun. Mereka kekal untuk sentiasa ingin belajar sesuatu. Jika jutawan seperti mereka turut mengejar ilmu dan maklumat lebih, saya yakin anda juga ingin memiliki maklumat lebih pada hari ini?

Saya yakin juga, anda tidak ingin membuang masa anda dan inginkan maklumat/ informasi berkualiti sahaja.







      Catat Ulasan