Selasa, 10 April 2018

Rahsia Coklat Buatan Tangan



Coklat merupakan antara makanan yang menjadi kegemaran ramai termasuk saya dan suami . Kegilaan kami terhadap coklat membuatkan saya memulakan perniagaan membuat coklat buatan tangan daripada rumah.

Permintaan terhadap coklat buatan tangan memang sentiasa ada kerana rasanya yang pelbagai dan unik berbanding dengan coklat bar yang dibeli di kedai. Permintaan akan memuncak apabila musim perayaan dan juga cuti sekolah.

Cuba teka kenapa?

Sudah tentu... Perkahwinan dan Pertunangan! Selain itu terdapat majlis yang menjadikan coklat sebagai goodies seperti majlis hari jadi dan keraian tertentu.

Coklat buatan tangan boleh dijadikan sebagai hantaran buat bakal suami atau isteri bagi mereka yang bakal berkahwin. 





Tiada ulasan: