Pengikut

Selasa, 21 Mac 2017

Panduan Lengkap Temuduga Jururawat


Kerjaya jururawat kini menjadi satu kerjaya yang diburu ramai orang terutamanya bagi calon lepasan SPM dan diploma. Lihat saja di sekeliling, pusat institusi kejururawatan makin banyak didirikan bagi menampung permintaan yang kian meningkat bukan saja di sektor kerajaan malah di sektor swasta juga. 

Iyalah...dulu kita lihat ramai orang berebut-rebut masuk ke universiti nak capai lulusan tertinggi supaya dapat mohon kerja yang baik dan dapat gaji bulanan yang lumayan. Kini, dengan berbekalkan sijil SPM iaitu kelayakan yang terendah sekali untuk kerjaya jururawat dah mampu mencapai gaji yang lumayan. Di samping lumayan, kerjaya jururawat ni juga satu kerjaya yang sangat murni.

Oleh kerana permintaan di Asia Barat juga meningkat, banyak di antara jururawat dari Malaysia berhijrah ke luar negara untuk berkhidmat di sana. Ini lagilah lumayan! Siapa kata kerjaya sebagai jururawat tiada masa depan cerah? Apa yang lebih menarik, kerjaya jururawat juga berpeluang melanjutkan pelajaran dari peringkat ijazah hingga ke doktor falsafah. Wahh sangat mengujakan!

Banyak kelebihan bekerja sebagai seorang jururawat, lebih-lebih lagi jika anda berkhidmat di sektor kerajaan. Dan disebabkan kelebihan-kelebihan inilah ramai yang memohon menjadi jururawat. 

Dengan faedah yang ditawarkan, siapa yang tak rabun mata kan? Permintaan jururawat makin tinggi setiap tahun tapi jumlah calon yang memohon juga sangat banyak. Anda bersaing dengan ramai orang, tambahan lagi jika anda nak mohon kerjaya jururawat ini dengan menggunakan sijil SPM anda.

Namun, disebabkan bilangan calon lepasan SPM adalah terlalu ramai dan kuota untuk kerjaya jururawat yang ditawarkan amat terhad, maka kebarangkalian calon untuk berjaya dalam permohonan kerjaya jururawat adalah amat tipis. Jadi, jangan biarkan orang lain mengambil tempat anda. Buat persediaan awal untuk merebut kerjaya lumayan ini.





Catat Ulasan