Khamis, 19 Julai 2018

D Macam Dajal


Dajal, makhluk perosak akhir zaman yang tugasnya menghasut manusia melakukan kejahatan. Maka manusia yang terdorong melakukan kejahatan juga tidak ada bezanya dengan Dajal.

Ini adalah kisah lima sahabat yang punya perangai kejam yang amat. Mereka digelar Senior Dajal yang membuli tanpa belas, semata-mata untuk menunjukkan kuasa. Mereka senior jadi semua orang dipaksa tunduk hormat. Siapa melawan, akibat yang menanti teramat berat.

Langsung menikus para junior, takut menjadi mangsa. Semuanya wajib dituruti, jangan sesekali dikhianati. Bilik Zaaba menjadi saksi, setiap perbuatan keji yang keterlaluan. Si junior mula menyimpan dendam. 

Kezaliman Senior Dajal mesti ditentang. Lalu kini,buku bertemu ruas. Senior Dajal menerima hukuman tidak terjangka dek akal. Hukuman yang membawa pengajaran besar buat mereka tetapi sudah terlambat untuk disesalkan.

Selamat datang ke Bilik Zaaba, Bilik Neraka!



Tiada ulasan: