Isnin, 15 Oktober 2018

Travelog Usahawan Muda



Gelora dan badai hidup ini amat pedih dan menyakitkan. Kerap kali membuat aku jatuh dan sukar untuk bangkit kembali.

Duit kian menipis, kepercayaan mula terhiris, kawan dan keluarga mula berbisik. Namun hati tetap mahu teruskan lagi. Yakin, percaya dan terus mencuba melalui jalan yang diyakini.

Dari kelalaian dan kebodohan, aku mula belajar untuk memperbaiki diri. Aku bukanlah jutawan, aku hanyalah budak kelas belakang yang tidak mahu menyerah kalah lagi.

Aku mahu terus yakin dengan kalam Tuhan, “Sesungguhnya tiap-tiap kesusahan disertakan kemudahan.”

Hujan turun renyai-renyai di tempat berniagaku dan kawan-kawan. Masa yang ada aku duduk merenung deraian hujan yang turun. Sedikit-sedikit aku mengelap titisan hujan yang menempias helaian kertas buku nota. Merenung dan bermuhasabah diri.

Ini bukan travelog seorang jutawan, tapi ini adalah catatan perjalanan perit getir dan manis bergelar seorang usahawan.




Tiada ulasan: