Jika hari ini anda masih lagi belum bertemu jodoh, ketahuilah, ianya bukanlah silap takdir, cuma, usaha yang dilakukan, masih belum mengena dengan kehendak takdir.
Ini kerana, usaha itu perlulah ikhlas, mencari jodoh biarlah dengan ilmu, memburu cinta biarlah dalam syariat dan mengimpikan lelaki idaman itu sebenarnya tidak salah. Hari ini, saya akan bantu anda, bagaimana untuk berusaha dengan ilmu yang betul di dalam misi mencari jodoh. Mari kita gali ilmu pikat lelaki disini!
Anda pasti akan berasa sangat bahagia apabila mendapat lelaki yang anda idam-idamkan bukan, dan berasa sangat sedih apabila lelaki yang anda impikan itu memilih orang lain, yang anda rasakan tiada apa-apa berbanding diri anda, bukan?
Anda ada kecantikan dan kecerdikan tetapi mengapa si dia tidak nampak? Mengapa dia memilih rakan anda yang pada anda tiada apa-apa kelebihan pun. Di mana silapnya?
Sebagai wanita, anda tertakluk pada had-had tertentu. Anda tidak boleh terlalu terkinja-kinja menunjukkan anda amat menyukai seseorang lelaki itu. Anda ada maruah yang mesti dipelihara.
Tetapi dalam masa yang sama bagaimana anda dapat menunjukkan isyarat kepada si jejaka bahawa anda bermatlamatkan cinta suci terhadap jejaka itu. Anda bukan setakat mahu bercinta dengannya tetapi mahu kekal hidup bersamanya dalam istilah perkahwinan. Sungguh murni niat anda itu, tetapi mengapa terlalu banyak halangan hingga akhirnya anda langsung tidak dapat berkahwin pun. Sekali lagi, apa yang silap?
Tahukah anda, sebenarnya.... ada cara menimbulkan perhatian kepada lelaki dan membina penampilan diri dalam ruang lingkup yang selamat. Malah tanpa bersemuka pun masih ada teknik untuk menarik mereka ‘memandang’ anda wahai para wanita dengan pandangan ingin bernikah.
Jodoh itu ketentuan TUHAN, tapi kita sebagai manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap apa yang kita lakukan, tidak terkecuali dalam soal mencari jodoh. Rezeki takkan datang bergolek, begitu juga jodoh. Ada orang jodohnya cepat tiba, manakala ada orang yang perlu berusaha keras mencarinya. Jika sebelum ini anda mengambil mudah soal jodoh, ebook ini bakal mengubah persepsi dan membuka hati serta minda anda tentang soal mencari pasangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan