Ahad, 7 Oktober 2018

PROMATHS

ProMaths ialah kaedah pembelajaran efektif matematik asas yang direka khas bagi membantu meningkatkan kemahiran mencongak nombor (mental calculation) dengan mengambilkira kepantasandan ketepatan.

Para pelajar diberi latihan di dalam kelas dan sebahagian latihan sebagai kerja rumah untuk mengekalkan momentum pembelajaran. Masa dan bilangan kesilapan dalam setiap latihan akan direkod di dalam kad laporan prestasi sebagai rujukan guru dan ibubapa bagi menilai prestasi pelajar dari semasa ke semasa sepanjang tempoh mengikuti program ini. 

Modul ini direka untuk membantu anak-anak membangunkan kemahiran asas Matematik seawal usia 5 tahun sehingga 12 tahun bagi membantu mereka menjalani proses pembelajaran Matematik di sekolah dengan lebih mudah. Silibus ProMaths yang merangkumi sehingga operasi bahagi membuka ruang kepada guru dan ibubapa mengenalpasti tahap penguasaan anak-anak dalam subjek Matematik seterusnya mengambil langkah sesuai samada membuat latih tubi ulangan yang lebih kerap bagi anak-anak yang lemah atau meneruskan peringkat (level) yang lebih ke hadapan (advance study).





Tiada ulasan: