Ahad, 14 Oktober 2018

Nak dapat Rezeki tak disangka?

Pada zaman Rasulullah SAW, segolongan orang fakir miskin dari sahabat Muhajirin datang dan mengeluh kepada Rasulullah SAW. Mereka mengadukan nasib mereka,dengan mengatakan,

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang-orang kaya telah memborong semua pahala dan tingkatan yang tinggi serta kesenangan abadi.”

Rasulullah SAW bertanya,” Kenapa sedemikian?”

“Mereka solat seperti kami solat. Mereka puasa seperi kami puasa. Mereka dapat pahala sedekah, sedangkan kami tidak. Mereka dapat pahala haji dan umrah, sedangkan kami tidak. Orang kaya boleh banyak melakukan amal Ibadah dengan kekayaan mereka, sedangkan kami tidak wahai Rasulullah.” Kata mereka.

Para sahabat ini sedar bahawa orang kaya yang soleh dan dermawan banyak peluang mendapatkan pahala yang besar.

Rasulullah SAW bersabda,”Sukakah kalian sekiranya aku ajarkan amalan yang dapat mengejar mereka dan tiada seseorang yang lebih utama dari kamu kecuali yang berbuat seperti mereka?”

“Bersedia, ya Rasulullah.” Sahut mereka

Rasulullah SAW menjawab,

“Bacalah tasbih, tahmid dan takbir sebanyak 33kali selepas solat.”

Semoga kita dapat amalkannya dengan istiqamah. Inshaa Allah.




Tiada ulasan: