Ahad, 9 Ogos 2020

Homestay Sg Besar

 



HOMESTAY yang selesa kepada pengunjung ke Sungai Besar atau Sabak Bernam.
Rumah Semi-D di Taman Budiman, Sungai Besar.

Tempat Berdekatan:
  • Pekan Sungai Besar - 2 km
  • Stadium Sungai Besar – 3 km
  • Kolej Komuniti Sabak bernam – 12km
  • Pantai BNO – 18 km
  • MRSM Sungai Besar – 23km
  • SBPI sabak bernam – 25km
  • Politeknik Sultan Idris Shah – 26 km 


Homestay Syazwina Aisy Di Seri Iskandar, Perak..

 



Sekiranya ada yang ingin mencari Homestay murah ketika bercuti ke Seri Iskandar Perak, Saya syorkan anda menginap di Homestay Syazwina Aisy

Kawasan Berhampiran:
3 km  dari UiTM Seri Iskandar

- 3 km dari Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- 3 km dari IKBN, Seri Iskandar
- 5 km ke SMKA Sultan Azlan Shah
- 5 km ke SM Teknik Seri Iskandar


Kemudahan Berhampiran : 

- Pasaraya TESCO
- Stesyen Minyak Petronas
- Restaurant (Secret Recepy, KFC, Masakan Thai, Masakan Melayu dll)
- 3km dari Billion Shopping Complex (Ada panggung wayang, Bowling dsb)

*Hanya Untuk Penyewa Muslim sahaja!


Ahad, 2 Ogos 2020

Program Aqiqah




Aqiqah ialah penyembelihahn haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Perkataan aqiqah dari kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. Aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran

Hukum aqiqah menurut pendapat yang paling kuat ialah sunat muakkad. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada Fatimah ketika mengaqiqahkan Hasan:

"Hai Fatimah!, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambutnya). Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham".

Syarat yang afdhal untuk anak lelaki ialah dua ekor kambing yang cukup syarat; sampai umur, tidak cacat, milik mutlak. 

Manakala bagi anak perempuan satu ekor. 

Hadith dari Ummu Khazr al-Ka’biyah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:

Maksudnya: "Untuk anak lelaki dua ekor kambing yang mirip (sebaya dan seumur), dan untuk anak perempuan satu ekor". 

Aqiqah boleh dilakukan serentak di atas bahagian yang sama dengan korban. Pada hari aqiqah disunatkan anak yang baru lahir diberi nama yang bagus dan dicukup rambutnya serta bersedekah seberat timbangan rambutnya (bagi yang mampu) dengan perak.

Haiwan untuk perlaksanaan ibadah aqiqah perlu memenuhi syarat-syarat yang serupa dengan haiwan-haiwan untuk ibadah korban.

  1. Kibas – Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan
  2. Biri-biri, domba dan kambing – Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan
  3. Lembu dan kerbau – melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya
  4. Unta – melebihi lima tahun


Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.

  • Yang lebih utama untuk kadar aqiqah bagi seorang anak lelaki ialah dua ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing, menurut hadis riwayat Aisyah yang maksudnya: “Rasullulah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”
  • Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki ini bukanlah merupakan suatu kemestian, kerana Rasulullah SAW telah membuat aqiqah untuk cucu Baginda SAW Saidina Hasan dan Husin RA, masing-masing seekor kibas.
  • Haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing.
  • Imam Malik, Asy Syafi’e, Ahmad dan jumhur ulama berpendapat, aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri (sama seperti ibadah korban). Juga dibolehkan seekor unta atau seekor lembu misalnya dikongsi sehingga tujuh orang walaupun ada bahagian daripada lembu atau unta itu bukan untuk aqiqah.
  • Apabila ibu bapa itu tidak mampu membuat aqiqah anaknya, ketika berusia 7 hari, bolehlah diperbuatnya ketika umur anak 14 hari. Kemudiannya ketika umur 21 hari. Jika tidak boleh, maka sunat diperbuatnya hingga anak itu dewasa (baligh).


Apabila anak sudah dewasa, maka ada para ulama’ menetapkan sunat bagi ibu bapa membuat korbannya, tidak membuat aqiqahnya. Menurut satu golongan, jika seorang anak sudah dewasa, tetapi belum dibuat aqiqahnya oleh ibu bapanya, maka sunat baginya membuat aqiqah untuk dirinya sendiri.

  • Lembu yang dibeli untuk ibadah aqiqah mestilah berumur lebih dua tahun, tidak sakit, tidak cacat, tidak kurus, tidak buta dan tidak bunting. Manakala kambing pula cukup umurnya mengikut ketentuan syarak.
  • Lembu dan kambing untuk ibadah aqiqah hendaklah disembelih dan jamuan aqiqah disempurnakan.