Permulaan kehidupan yang diraikan atas jalan khianat kepada Tuhan telah mengajar aku untuk redha menerima balasan. Serpihan luka yang terpaksa aku lalui ini merupakan hadiah istimewa daripada Tuhan. Aku hilang segala-galanya. Sampai satu tahap, aku sedar bahawa hakikat hidup di dunia ini adalah seorang diri. Luqhfi meninggalkan Malaysia dan berada di bumi Eropah secara tiba-tiba.
Qasehku Yasmeen mula berpaling tadah atas setiap ungkapannya. Keluarga? Hanyalah boneka yang melengkapkan sifir hidup. Musnah!
Pemuda yang tak diundang sering menjelma sewaktu aku terlantar di hospital. Apakah motif dia sebenarnya? Fikiran sering meledak untuk mengetahui penyakit misteri yang sedang aku lalui. Malangnya, semua merahsiakan daripada pengetahuan aku. Mengapakah semua ini terjadi? Adakah Tuhan sedang mendera aku? Kesudahannya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan