Jumaat, 21 September 2018

Jangan Ada Cinta



MIRA SOFEA mencintai DANIEL IMRAN sepenuh hatinya. Dialah lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hatinya untuk menerima cinta dari seorang lelaki. Tetapi semuanya berubah semenjak bekas isteri Daniel AMY LIANA tiba-tiba muncul dalam kehidupan mereka. Hubungan Daniel dan Liana menjadi semakin rapat bila mendapat tahu yang Liana menghidapi kanser hati. Dalam masa yang sama, abang Daniel, HAKIM IMRAN kembali ke Malaysia setelah lama menjauhi diri dari keluarga dek terasa hati dengan Tan Sri Mohamed, ayahnya. Hubungan cinta Mira dan Daniel pula semakin dilanda masalah sehinggalah berlakunya kes yang tidak diingini terhadap Daniel yang mengubah segalanya.

Permintaan Daniel pula membuatkan Hakim rasa serba salah. Hatinya kini sudah sepenuhnya milik Mira. Adakah Hakim akan bersetuju dengan permintaan Daniel? Sanggupkah dia melepaskan wanita yang semakin dia cintai?

Adakah cinta yang diungkapkan Mira datangnya dari hati yang ikhlas? Atau sekadar untuk menjaga hati Hakim? Mungkinkah perasaan sayang dan cinta terhadap Daniel masih mendalam? Hatinya berbelah bahagi kini. Permintaan adik atau perasaan cintanya terhadap Mira.





Tiada ulasan: