Ahad, 30 September 2018

Jodoh Aku Ready Stock

Hidup yang dulunya tenang mula huru-hara kerana Adam. Bunga diberi kata dua, carikan pengantin untuk Adam atau sama-sama naik pelamin dengan sahabat baiknya sendiri. Bunga diserang dilema. Ditelan mati bapak, diluah mati emak. Makanya dia ambil keputusan yang memihak kepada dirinya. 

Rancangan mencari pengantin untuk Adam bermula, tapi sayang seribu kali sayang, rancangan Bunga musnah. Di saat semuanya hampir gagal, muncul pesaing lama cuba merampas kehidupannya semula. Bunga mula menggelabah. Lili mengaku dia sudah berubah, tapi hati Bunga sukar mempercayai gadis itu lagi. 

Apabila sejarah lama terbongkar, hubungan Bunga dan Adam menjadi renggang, tapi atas satu permintaan, mereka berdua disatukan dalam keterpaksaan. 

Dalam kekalutan rumah tangga Bunga, muncul Fauzan cuba meraih hati gadis itu. Memilih Fauzan bermakna Bunga menghancurkan banyak hati, tapi memilih Adam tidak memaknakan kebahagiaan bakal menjadi miliknya. 




Tiada ulasan: