Sabtu, 22 September 2018

SHAMIKAEL

Tragedi buruk yang pernah berlaku di alam persekolahan telah meninggalkan kesan buruk dan trauma di dalam hati tiga sahabat iaitu Sha, Arshad, dan juga Ekin. Mereka terpisah jauh, membiarkan waktu menghapuskan segala kenangan duka.

SHA… Di dalam setiap nafasnya ada nama Arshad walaupun ada kebencian yang wujud di tengah-tengahnya. Cintanya tidak pernah berakhir walaupun jarak dan masa telah memisahkan mereka. Kemaafan yang tertangguh menjadi pertaruhan.

MIKAEL… Dia menjadi pendendam kerana pengalaman ngeri yang berlaku sepuluh tahun lepas. Dia menyaksikan sendiri penderitaan seorang isteri sampai ke akhir hayatnya. Tiada istilah kemaafan di dalam kamus hidupnya.

Kerana janjinya pada Maya, Mikael meneruskan misi membalas dendam.

Kerana dendam Mikael, Sha terpaksa melalui liku hidup yang penuh dengan kebencian. Tidak cukup dengan itu, Sha juga dibenci oleh umi dan abahnya. Cinta, dendam, dan kebencian, mungkinkah akan berakhir di dalam hati mereka? Ataupun kebencian dan dendam itu berterusan menjadi bara yang membakar diri hingga ke akhirnya




Tiada ulasan: