Khamis, 9 Ogos 2018

ANAK LORONG


Ini kisah benar anak terbuang yang ditemui oleh sepasang suami isteri berbangsa Cina. Entah apa bangsa dan keturunan asalnya. Ibu bapa kandungnya juga entah masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. 

Sejak kecil, apa sahaja bentuk penderaan yang tidak pernah dilaluinya; fizikal dan emosi. Dari jalanan, kembali ke jalanan. Hidup tanpa taraf dan dokumen yang sah.

Namanya Mervin. Namanya juga Khairul. Bertemu cinta hati, dipisahkan oleh takdir Ilahi.

Kisahnya mengundang air mata sesiapa sahaja yang pernah membacanya. Kini, beliau menjadi antara pejuang tegar anak-anak jalanan mendapatkan hak untuk sama-sama dapat hidup sebagai manusia yang punya hak.




Tiada ulasan: