Selasa, 24 April 2018

Kenapa perlu jenama sendiri dalam bisnes kita


Antara jenama tudung yang popular di pasaran seperti.

Tudung Fareeda yang menjual tudung dengan harga RM100 hingga RM280 ke atas dan mengguna kain chiffon.

Tudung Pearl Haya menjual tudung dengan harga RM100 hingga RM269 yang mengguna kain jenis Lycra, chiffon, net, corduroy dan denim.

Tudung Ariani menjual tudung dengan harga RM30 hingga RM1,000 bergantung kepada jenis kain dan hiasan yang mengguna kain jenis lycra, chiffon dan kapas.

Tudung Ratu menjual tudung dengan harga RM50 hinggaRM299 dengan kain jenis chiffon dan lycra

Tudung D’haja menjual tudung dengan harga RM100 hingga RM446 dengan kain jenis lycra, denim dan kapas.

Tudung Abu Dhabi dengan menjual tudung labuh pelbagai saiz dan mempunyai nama-nama popular tertentu seperti tudung ala CT dan jugatudung Muhaya Mengambil inspirasi dari tudung pakar mata dan motivasi terkenal Profesor Muhaya Muhammad. Tudung Abu Dhabi juga dipakai dengan inner neck. Juga menjual tudung jenis hoodie, chiffon dan shawl mermaid.

Antara jenama tudung lain yang popular yang saya google di internet sepertitudung aidijuma, tudung inspirasi hana, jelita sara, tudung khadeeja,tudung Al-Humaira, tudung radiusite, tudung sugarscarf dan banyak lagi.

Kebanyakan mereka yang berjaya bermula dengan menjual tudung secara online dan diri situ mereka mula mencipta jenama mereka sendiri.




Tiada ulasan: