Satu fakta yang kita boleh persetujuinya; “Untuk menjadi top Affiliate adalah SUSAH!”. Tetapi..
Jika anda tahu caranya, sebenarnya tiada rahsia untuk menjadi TOP AFFILIATE. Apa yang anda perlu buat adalah:
1) Cari produk affiliate yang kurang saingan.
Bagaimana untuk mencari produk Affiliate sebegini? Mudah saja. Cari beberapa produk Affiliate yang dilaunchkan secara ala-kadar sahaja. Kenapa dilaunchkan ala-kadar? Ini kerana pemilik produk sudah mempunyai pengikut sendiri dan sudah ada AURAnya. Anda tidak perlu gila-gila sangat aktiviti promosi, prospek sudah tahu produk itu pasti berkualiti.
Atau, cari produk Affiliate yang kurang mendapat perhatian golongan senior. Kebiasaannya, jika anda menyertai program Affiliate yang PANAS, peluang untuk anda menang adalah tipis. Jadi, produk Affiliate yang tidak mendapat perhatian ‘otai’ yang anda perlu promosikan jika ingin merasa menjadi top Affiliate.
2) Berikan bonus. PASTIKAN BERSESUAIAN!
Kebanyakan prospek mahukan bonus untuk mereka membeli daripada anda. Mereka tidak kisah dengan harga produk yang dipromosikan tersebut. Asalkan pelaburan mereka berbaloi! Mereka dapat manfaat daripada produk yang anda promosikan dan dalam masa yang sama, mereka juga mendapat manfaat daripada bonus anda itu.
Bagaimana untuk memberikan bonus? Lihat niche produk Affiliate yang anda promosikan itu. Jika nichenya adalah produk buat duit, berikan bonus dalam bentuk buat duit juga dan itulah sebaliknya. Jangan sesekali menawarkan bonus yang terpesong dari nichenya. TIDAK AKAN BERJAYA MENJUAL!
3) Jangan memandang rendah bonus anda!
Kesilapan anda jika ada yang bertanya kepada anda berkenaan bonus tersebut, anda jawab dengan tidak yakin. Anda sendiri tidak tahu kelebihan bonus anda!
Jadi, anda fikir, adakah prospek akan membeli daripada anda? Sama sekali tidak! Mereka tidak akan membeli bonus yang diragui keberkesanannya. Sedangkan anda sendiri tidak yakin dengan bonus anda, apatah lagi mereka. Oleh itu, yakin dengan produk anda sendiri!
4) Layanan TERBAIK dan servis pantas!
Kuasa viral jangan pernah anda abaikan. Tahukah anda, viral mulut ke mulut sangat berkuasa? Walaupun di dalam internet kita berkomunikasi secara tulisan, namun ia sebenarnya lisan jika di dunia nyata.
Berikan bonus kepada pembeli secepat mungkin! Jika anda menetapkan waktu tertentu untuk memberikan bonus, sila nyatakan awal-awal. Dan jangan melanggar masa tersebut. Apabila seorang sahaja mendapat respons yg pantas daripada anda, dia akan menyampaikan kepada orang lain.
Situasinya berbunyi begini,
“Mat, aku sarankan kau beli dari mamat ni. Aku punya bonus 5 minit je da dapat (katakan). Memang pantas lah. Lagi satu, aku tanya dia banyak soalan pun, selamba jer dia jawab. Memang aku yakin dengan bonus dia.”
Ingat, pelanggan sentiasa betul..
5) Kuasa Kuota Terhad!
Ada sesetengah prospek yang suka membeli pada saat-saat akhir. Hal ini mungkin mereka ingin melihat dulu suasana yang berlaku atau mungkin juga mereka masih belum mendapat gaji. Anda boleh letakkan sedikit gesaan seperti kuota 30 sahaja atau terhad sehingga hari XX/XX/XXXX sahaja.
Di sini anda juga telah menapis prospek yang benar-benar berkualiti dengan prospek yang acuh tak acuh.
6) Buat review tentang produk Affiliate tersebut.
Anda sudah ada pun produk Affiliate tersebut, berikanlah review yang terbaik. Selitkan pro dan kontra produk Affiliate itu. Di sini, anda perlu jujur dengan prospek anda. Jika tidak mereka tidak akan pandang lagi promosi yang datang dari anda. Cara untuk review pun mudah.
Cara untuk review, masukkan maklumat seperti berikut:
- Kelebihan produk
- Siapa pemilik produk
- Apa yang ditawarkan di dalam produk Affiliate tersebut
- Jaminan apabila membeli produk Affilite tersebut
- Selitkan sekali bonus daripada anda sekiranya prospek anda berminat mahu membeli melalui link Affiliate anda
7) Buat landing page untuk ‘disumbatkan’ perkara-perkara yang telah anda lakukan sebelum ini.
Untuk pengetahuan anda, hanya ada 2 jenis landing page affiliate yang mengancam.
Nak tahu apa dia? Yang utama adalah grafik sebenar pemilik produk. Anda boleh contact dengan pemiliknya untuk meminta kebenaran menggunakan minisite asal. Yang kedua adalah landing page anda sendiri. Terpulang untuk anda designkan macam mana, yang penting serasi dengan produk Affiliate anda promosikan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan