Rabu, 14 Februari 2018

Kerja Tukang Cuci sahaja, tapi.. gaji RM4,500 ??



Zaman sekarang nie memang zaman gawat. Ramai dah pekerja yang kena buang kerja. Pelajar-pelajar yang baru keluar U pun, ramai yang SUSAH nak dapat kerja! Jangan kata pelajar, pensyarah pun ramai yang kena buang kerja!

Jadi, memang tak bolehlah nak memilih sangat bila bab cari kerja ni.

Macam brader ni... walaupun ada diploma, tapi dia rileks je buat kerja sebagai tukang cuci kereta.....Apa yang penting.. kerja HALAL!

Tetapi... apa yang ramai orang tak tahu. Walaupun brader ni hanya bekerja sebagai tukang cuci kereta. Gaji bulanan yang dia perolehi adalah RM4500 sebulan.

Ya! RM,4500 sebulan!

Dia bukan tokey kedai cuci kereta tu.. tapi dia hanya pekerja biasa sahaja! Dan gaji setinggi itu bukanlah sebab dia kerja dah lama kat situ.. tapi itu adalah gaji yang dia dapat sewaktu baru masuk kerja!

Sebab itulah, kalau kita lihat orang-orang yang bekerja di singapura, dalam masa 1 atau 2 tahun bekerja, mereka sudah mampu untuk setelkan hutang PTPTN, beli kereta tanpa hutang, dan ada juga yang berjaya menyimpan puluhan ribu ringgit. Wang tersebut, ada yang digunakan untuk belanja kahwin ataupun dijadikan modal untuk memulakan perniagaan dan juga pelaburan.

Jika anda pergi ke Johor Bahru, anda boleh lihat sendiri, ramai anak-anak muda di awal usia 20an, sudahpun memandu motorsikal berkuasa tinggi Ducati yang berharga sekitar RM80,000. Ianya adalah fenomena biasa.



Tiada ulasan: