Ahad, 14 Januari 2018

Rahsia 7k Sebulan Dengan Jus BuahBuahan



Anda mungkin berfikir... "Kalau dengan hanya menjual 3 balang air sahaja dah boleh dapat RM7,000... Maka, kalau saya jual 15 balang air, saya mungkin boleh dapat RM35,000!"


Sememangnya.. tidak salah untuk kita berimpian besar! Namun, kita perlulah realistik dan sedar akan kemampuan diri terlebih dahulu.

Pertama sekali, dari segi MODAL!

Untuk menjual berbelas-belas balang air, maka anda perlulah membeli berbelas-belas balang air. Harga satu balang air adalah sekitar RM150, jika mahu beli 15 balang sekaligus, modal yang diperlukan untuk membeli balang sahaja sudah RM2,250. Belum campur lagi barang-barang lain seperti meja & kanopi (pastinya, anda memerlukan meja dan kanopi yang lebih panjang). Sekurang-kurangnya, modal antara RM3-4 ribu diperlukan.

Baiklah! Mungkin anda ada wang simpanan & modal yang besar! Anda ada banyak duit! Bahkan, anda juga mungkin seorang yang tampan! Setakat modal RM3-4 ribu.. memang celah gigi je!

Tapi! Cuba anda fikir... Bagaimana pula anda mahu bawa bekas balang-balang air tu ke tapak jualan? Muat ke semua balang tu dalam kereta "evo" anda? Rajin ke anda mahu berulang-alik dari rumah ke tapak niaga semata-mata mahu mengangkat barang-barang sahaja? Setiap hari pula tu? Lainlah kalau anda mahu melabur duit membeli van atau lori pula.. 

Kemudian, selepas anda membuat berbelas-belas balang air itu.. Comfirm ke semua air dalam balang tu boleh habis terjual setiap hari?

Tahukah anda! Kebanyakkan peniaga-peniaga yang berjaya menjual "sold-out" berbelas-belas balang air, mereka itu adalah peniaga-peniaga lama. Peniaga "Otai" orang kata..... Mereka sudah ada ramai pelanggan setia. Sebab itulah mereka boleh menjual berbelas-belas balang air dengan confident!

Berbanding anda yang baru mahu mula menjual air! Ianya mungkin sedikit sukar. Peniaga-peniaga lama itu pun, sewaktu mereka mula-mula berniaga air dulu pun.. mereka hanya bermula dengan beberapa balang sahaja!







Tiada ulasan: