Kebencian pada papa sendiri membuatkan Erlyn Qairina membawa diri ke Perancis. 9 tahun berkelana di negara orang, dia kembali ke tanah airdemi menunaikan amanah seorang rakanbaik. Kepulangannya bersama Farish yang disangka anaknya, dia diberi dua pilihan antara harta dan Farish.
Kehadiran Tengku Izz Ilham tidak disenangi oleh Erlyn Qairina yang bagaikan tahukesakitan yang dia rasainya. Bagi Tengku Izz Ilham, Erlyn Qairina mengingatkannnya tentang rakan sepermainan iaitu Izzy yang dicari setelah sekian lama. Dia cuba mendekati gadis itu tetapi selangkah dia menghampiri, seribu langkah gadis itu menjauhi. Ibarat dia telah melakukan kesalahan besar.
Bagi Tengku Izz Ilham, Izzy yang dicari selama ini telah ditemui tetapi kenapa hatinya terasa sunyi?
Mampukah mereka bersatu atas nama cinta yang tidak pernah terungkap?