Apakah perasaan anda jika anda boleh menjana pendapatan RM200 hingga RM1,0000 sebulan... SECARA SAMPINGAN DAN HANYA DARI RUMAH! Serba-sedikit.. pasti ianya akan dapat membantu kehidupan anda bukan?
Tidak dapat dinafikan lagi, kos sara hidup sekarang sememangnya amat tinggi! Jika hanya sekadar mengharapkan pendapatan suami sahaja untuk menampung kos kehidupan sekeluarga, ia sememangnya agak sukar.
Lebih-lebih lagi jika anda turut mempunyai bilangan anak yang agak ramai. Harga susu, lampin pakai buang, yuran tadika/taska, yuran transit... semuanya semakin mahal dan harganya sentiasa naik setiap tahun.
Jadi, mahu atau tidak... anda perlu berusaha dan berikhtiar untuk menambahkan pendapatan keluarga!
Sememangnya, ada banyak cara dan peluang untuk menambahkan pendapatan di luar sana! Namun begitu, kebanyakkan cara tersebut memerlukan anda untuk keluar dari rumah dan pergi menjual.
Disebabkan itulah.. maka... membuat bisnes bakeri secara sambilan dari rumah.. adalah merupakan salah satu cara yang terbaik untuk anda!
Nak tau kenapa?
Kerana....
- Kos Pemulaan Yang Kecil - Anda boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di rumah anda!
- Tidak Perlu Terlalu Menjual - Ini adalah kelebihan besar bisnes bakeri dari rumah! Anda hanya perlu membuat kuih / kek / roti hanya selepas anda mendapat tempahan sahaja! Jadi, tiada risiko kuih/kek/roti anda tidak habis dijual sepertimana yang sering berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual.
- Urusan Rumahtangga Masih Terjaga! - Ya! Memandangkan anda hanya membuat kuih di dalam rumah, maka, anda masih lagi boleh memantau dan menguruskan anak-anak anda. Urusan kerja dalam rumah juga masih boleh diteruskan seperti biasa. Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami anda yang mungkin risau andainya anda terabaikan urusan anak-anak apabila sibuk berniaga!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan