Sabtu, 28 Julai 2018
Jumaat, 27 Julai 2018
CINTA UNDERCOVER
Setelah frust menonggeng dengan Fattah, Lynda mula beralih arah. Jumpa pula dengan Iqbal, seorang ahli kongsi gelap. Entah bagaimana, tersangkut hati pula. Dayah masih menanti kepulangan Manap yang lari entah ke mana. Celah-celah itulah, Iqbal bagaikan cuba memikat Dayah pula. Dua-dua dia nak sapu! Permainan apakah ini? Inilah sebuah novel anekdot yang kelakar, thriller, misteri, tragis dan ada kalanya mengundang tangis.
Rabu, 25 Julai 2018
Fleur
Kebencian pada papa sendiri membuatkan Erlyn Qairina membawa diri ke Perancis. 9 tahun berkelana di negara orang, dia kembali ke tanah airdemi menunaikan amanah seorang rakanbaik. Kepulangannya bersama Farish yang disangka anaknya, dia diberi dua pilihan antara harta dan Farish.
Kehadiran Tengku Izz Ilham tidak disenangi oleh Erlyn Qairina yang bagaikan tahukesakitan yang dia rasainya. Bagi Tengku Izz Ilham, Erlyn Qairina mengingatkannnya tentang rakan sepermainan iaitu Izzy yang dicari setelah sekian lama. Dia cuba mendekati gadis itu tetapi selangkah dia menghampiri, seribu langkah gadis itu menjauhi. Ibarat dia telah melakukan kesalahan besar.
Bagi Tengku Izz Ilham, Izzy yang dicari selama ini telah ditemui tetapi kenapa hatinya terasa sunyi?
Mampukah mereka bersatu atas nama cinta yang tidak pernah terungkap?
Detour
Tiada yang istimewa tentang diriku. Aku cuma ingin memberi harapan kepada Amir Talhah untuk terus hidup. Kerana aku pernah gagal membantu seseorang. Dan aku tak mahu ia berulang.
Aku tak pasti sama ada kau memang nak tahu cerita kami, atau kau cuma nak tahu apa yang jadi pada Talhah- dan kenapa dia asyik menyebut namaku dalam diarinya, Hiatus.
Kalau kau juga ingin membantu, teruskan membaca kisah aku ; aku yang cuba membawa Talhah keluar daripada kekusutan hidup - depression, self harming, suicidal - meskipun hidupku sendiri sedia rumit.
Aku hanya ingin mencari bahagia - adakah akan aku temui akhirnya?
Langgan:
Catatan (Atom)






































