Khamis, 16 Julai 2020

BMW3 series




Ini statistik tahun 2018 tentang kenaikan gaji pekerja di Asia Tenggara. Saya kira, tahun 2020 hari ini tak banyak berbeza. 

Berdasarkan laporan oleh Jobstreet ini, kadar kenaikan gaji purata di Malaysia ialah 8%.

Ia setara dengan Indonesia 8% dan lebih tinggi daripada beberapa negara serantau lain iaitu Filipina dan Thailand.

Yang paling tinggi ialah VIetnam 14% diikuti Singapura 9%.Ia satu dapatan yang menarik. 

Bagaimana dengan pendapatan anda? Adakah ia seiring dengan kenaikan yang dilaporkan?

Gaji yang majikan bagi kepada kita ada perkara di luar kawalan. Tapi apa yang kita belanja dari duit gaji itu, adalah perkara dalam kawalan.

Sebagai contoh, belanja kopi di Starbucks boleh cecah RM15. Tapi kalau beli kopi di restoran biasa, hanya RM2 sahaja. Kalau buat sendiri mungkin hanya 20 sen sahaja kosnya.

Gaji yang kita dapat - kita tak boleh kawal.
Belanja duit gaji - kita boleh kawal.

Dengan ilmu kewangan di SeminarBMW.com, macam-macam ilmu jimat wang yang boleh kita dapat.







Tiada ulasan: