Selasa, 12 Jun 2018

Program Qurban Dan Aqiqah



Siapa sangka, sekarang ini kita boleh melakukan ibadah Korban (Qurban) dan Aqiqah buat umat Islam yang lebih memerlukan di mana negara-negara di seluruh dunia. Segalanya hanya dihujung jari. Inilah contoh terbaik bagaimana kemudahan teknologi media dan telekomunikasi ini digunakan dengan cara yang betul dan bermanfaat.

Perkhidmatan tempahan Qurban dan Aqiqah kini boleh dilakukan secara wakil atau online dengan begitu mudah, cepat dan diyakini. 

Kenapa perlu pilih lakukan ibadah Qurban atau Aqiqah secara online?

Persoalan yang sebenarnya tidak susah tapi kadangkala sengaja dipersoalkan. Jawapannya mudah sahaja, ianya adalah satu kemudahan dan pilihan buat umat Islam untuk melakukan ibadah Qurban atau Aqiqah.

Bagi mereka yang tidak punya masa atau kesukaran melakukan ibadah ini sama ada mungkin kerana kekurangan wang untuk membeli seekor lembu/kambing atau tiadanya rakan-rakan (ahli keluarga) yang dapat bersama memenuhi bahagian untuk seekor lembu maka ibadah Qurban secara online ini memberi jalan penyelesaian untuk meneruskan niat anda.

E-Qurban menawarkan harga yang berpatutan pada kadar termurah dipasaran dan tidak membebankan untuk Qurban & Aqiqah di luar negara. 

Selain dari itu E-Qurban juga menyediakan perkhidmatan Program Kembara dan Waqaf kepada mereka yang berminat. Anda boleh dapatkan maklumat dan informasi lebih lanjut tentang E-Qurban serta tempahan lembu atau kambing Qurban dan Aqiqah secara Online ini di 'website eQurban' atau klik sahaja banner di bawah ini.



Catat Ulasan