Khamis, 11 Mei 2017

Kenapa Wanita Menjadi Mangsa Jenayah?


Merujuk kepada statistik bagi mangsa jenayah, kaum wanita yang mendominasinya diikuti golongan kanak – kanak, orang tua dan orang kurang upaya. 

  • Kenapa keadaan seperti ini boleh berlaku? 
  • Kenapa wanita menjadi pilihan para penjenayah? 
  • Adakah ianya merupakan kesilapan daripada wanita itu sendiri atau disebabkan oleh faktor – faktor lain?

Jawapannya ialah anda perlu mengupas apa yang terkandung di dalam pemikiran seseorang penjenayah. 

Mengapa mereka amat meminati wanita untuk dijadikan mangsa? 

  • Sebenarnya, kebanyakan penjenayah menganggap wanita merupakan kaum yang lemah dari segi fizikalnya. Inilah faktor utama mengapa wanita dipilih sebagai mangsa. 
  • Keduanya, hampir kesemua wanita apabila keluar dari rumah akan memakai barang – barang perhiasan diri seperti rantai, gelang dan subang yang diperbuat daripada emas. 
  • Faktor ketiga ialah wanita mudah untuk dipengaruhi dan mempercayai seseorang. 
  • Keempat, perasaan takut yang begitu tinggi juga merupakan kelemahan pada wanita yang mana penjenayah dengan mudah boleh mendapatkan wang atau barang berharga yang diminta menerusi gertakan dan ugutan – ugutan. 
  • Faktor kelima pula, cara berpakaian sesetengahnya yang tidak senonoh dan sengaja mendedahkan bahagian – bahagian sulit mereka dan ini merangsang penjenayah untuk menjadikannya sebagai mangsa.

Namun terdapat juga wanita yang berani tetapi keberanian mereka telah mengundang malapetaka kerana cuba melawan tetapi mereka langsung tidak mengetahui asas – asas untuk membeladiri. Inilah kesilapan yang paling ketara. 

Oleh itu, hadirlah ke kelas – kelas beladiri dan carilah kesempatan untuk menghadiri mana – mana kursus atau bengkel beladiri wanita. 

InsyaAllah, banyak tips – tips dan panduan yang dapat diperolehi daripada program – program seperti ini.

Namun jika anda masih mencari-cari panduan untuk menguasai kemahiran seni bela diri, mungkin anda boleh dapatkannya melalui link berikut




Catat Ulasan