Sabtu, 25 Mac 2017

Tahukah Anda ....Blog boleh meningkatkan dan mengandakan jualan anda?


Blog perlu dimiliki oleh sesiapa sahaja bagi mereka yang “celik mata” akan kepentingan sesebuah blog. Ini kerana blog adalah satu medium penyampaian yang amat berkesan bagi menyampaikan sesuatu maklumat.

Sebagai contoh, anda seorang suri rumah dan anda ingin berkongsi kepada orang ramai tentang info-info masakkan. Jadi, anda boleh sampaikan info masakkan dalam blog anda.

Secara tidak langsung, anda sebenarnya boleh buat duit sampingan hanya melalui blog. 

Ramai yang telah berjaya membina nama dan menghasilkan pendapatan dengan hanya menggunakan blog. Jika anda perhatikan, begitu ramai usahawan Internet memiliki blog mereka sendiri bagi berkongsi apakah yang mereka lakukan dan menyatakan apakah produk keluaran mereka yang terkini. Jika anda seorang usahawan Internet, tidak memiliki blog adalah satu kerugian terbesar bagi anda dan perniagaan anda!




Catat Ulasan