Jumaat, 17 Mac 2017

1001 Cara ...Tapi Masih Tak Berjaya Kuruskan Badan



Pada masa awal-awal saya hendak kurus, saya selalu buat pemerhatian (survey) untuk tahu supplement apa yang sesuai untuk turun berat badan. Saya pun beli lah pelbagai supplement yang dicadangkan oleh kenalan saya. Tetapi akhirnya saya sedar, tidak ada supplement “kurus”kan badan!

Dalam dunia yang serba cepat kini, saya percaya ramai yang ingin mendapatkan hasil yang segera dalam setiap perkara. Dalam kes ini, ingin cepat mendapatkan hasil penurunan berat badan atau kurus dengan cepat.

Anda perlu faham perkara asas. Satu-satunya kaedah yang diterima pakai oleh mana-mana pengamal nutrisi dan kecergasan di dalam proses menurunkan berat badan, ialah dengan mengurangkan kalori pemakanan daripada apa yang badan boleh bakar sebagai tenaga. (calorie deficit). Tidak kira sama ada pemakanan itu sihat atau tidak. Calories always win.

Walau bagaimana pun, supplement juga membantu untuk kita kawal pengambilan kalori. Bukan sebab supplement yang menyebabkan anda kurus. Jika tidak kawal kalori, apa sahaja supplement tidak akan berkesan. Saya sertakan sedikit panduan untuk pilih supplement.

Ciri-ciri Supplement Untuk Turunkan Berat Badan
  • Sumber Anti-oxidant - Antara supplement yang terbaik ialah yang mempunyai unsur anti-oksida. Ia membantu mencuci dan membuang segala toksin dalam badan sekaligus mempercepat proses penyingkiran lemak badan. Contohnya teh hijau.
  • Sumber thermogenic - Thermogenic membantu meningkatkan metabolisma badan serta merangsang tenaga dalam masa singkat. Ia juga mempercepat proses pembakaran lemak. Contohnya caffien seperti fat burner
  • Sumber Protein - Protein bukan popular dalam sukan bina badan, malah ia penting dalam proses bakar lemak cepat. Kajian membuktikan pembinaan jisim otot membantu bakar lemak cepat dan dapat membentuk badan yang menawan. Contohnya whey protein.
Saya harap perkongsian kali ini sedikit sebanyak memberi gambaran kepada anda tentang penggunaan supplement. Oh ya! Jika anda tidak gunakan supplement pun, anda masih boleh kurus juga :) Jadi jimat la sedikit belanja kan?



Catat Ulasan