Sabtu, 4 Februari 2017

Strategi Pemasaran FB Yang Menguntungkan



Apa yang anda perlu buat untuk menjadi jurujual yang profesional ialah pilih lokasi yang dominan untuk anda. Jadi anda tak perlu takut untuk kehilangan pelanggan dan jauh dari mata pesaing anda. Pendek kata kuasa veto di tangan anda.

Teknik ini akan bantu anda beriklan di group yang mempunyai sasaran yang tepat. Anda beriklan kepada mereka yang benar-benar berpotensi dan memiliki minat yang sama dengan apa yang anda bakal tawarkan.

Bagaimana memujuk prospek untuk sertai group yang anda buat. Dalam strategi Dominasi Facebook Group, kita akan tubuhkan group kita sendiri. Kita perlu bijak untuk memujuk prospek supaya sertai group yang anda tubuhkan. Jangan tunjukkan yang anda semata-mata ingin menjual. Buatkan mereka merasakan selepas mereka menyertai group anda, mereka akan dapat manfaat atau nilai tambah.

Bagaimana nak dapatkan mereka yang mungkin berminat dengan group yang bakal anda tubuhkan? Senang sahaja. Buat tawaran di group yang sedia ada dan perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah buatkan prospek anda faham dengan jelas kelebihan menyertai group anda.

Cara nak tarik mereka adalah sesuaikan dengan tawaran-tawaran yang relevan dengan produk anda. Jika anda ingin tubuhkan group kecantikkan, tawarkan kelebihan selepas join group yang anda tubuhkan.

Contohnya :
  1. Dengan menyertai group yang anda tubuhkan, prospek akan mendapat informasi-informasi terbaru dengan cepat.
  2. Prospek akan dapat keistimewaan dari segi penjimatan, diskaun dan harga ahli
  3. Prospek akan dapat free gift.
  4. Prospek akan dapat join aktiviti yang eksklusif untuk ahli.
  5. Prospek akan dapat tawaran, promosi istimewa untuk produk-produk tertentu dan untuk masa-masa tertentu.
  6. Prospek akan dapat mengetahui insider secret (sesuai untuk group pelaburan). Sebenarnya ada banyak lagi.

Semuanya bergantung pada jenis perniagaan yang anda jalankan, pasti ada sesuatu yang ‘istimewa’ yang dapat anda tawarkan kepada prospek anda untuk sertai group FB anda.










Catat Ulasan