Jumaat, 3 Februari 2017

Anda nak tau rahsia tingkatkan jualan produk anda?


Sekiranya anda telah berkecimpung dalam bidang jualan dan perniagaan untuk satu tempoh masa yang agak lama, anda pasti perasan hakikat bahawa banyak perubahan telah berlaku disekeliling anda.

Bidang jualan kini semakin bertambah mudah dan pada masa yang sama pendapatan dalam bidang ini juga semakin tidak menentu. Persaingan dalam Industri anda semakin sengit.

Hari ini terlalu mudah untuk jadi jurujual. Lebih-lebih lagi apabila diperkenalkan konsep dropship, affiliate dan sebagainya.

Tak perlu terkejut jika anda dapati pesaing anda bukanlah seorang jurujual profesional dan berpengalaman, tetapi adalah sekadar seorang pelajar sekolah menengah.

Adakah anda serius dengan perniagaan anda?

Kalau anda serius dengan perniagaan anda, by now, anda patut dah sedar, untuk kekal relevan dan kekal mendominasi pasaran, anda WAJIB memastikan anda sentiasa improve.

Macam mana nak bersaing secara sihat dan pada masa yang sama anda boleh hasilkan lebih banyak jualan berbanding pesaing anda serta mendapatkan lebih banyak respon YA! SAYA MAHU dari pelanggan anda?

Ini adalah panduan menghasilkan kempen dan strategi pemasaran dengan memanipulasikan sebab-sebab utama yang menyebabkan pelanggan berkata YA! SAYA MAHU dan terus membuat pembelian.







Catat Ulasan