Sabtu, 3 Disember 2016

Panduan Mantap Buat Duit Di Fiverr



Ingin Tahu Bagaimana anda boleh Jana Pendapatan Sampingan Sebanyak RM1,000 - RM2,000 Sebulan, Dengan Hanya Duduk Di Depan Komputer, Dan Buat Kerja Selama 1-2 jam Sehari, Menerusi Website Fiverr?

Ini Bukan Skim Cepat Miskin Kaya! 

Ini adalah sebuah bentuk perniagaan atau pekerjaan. Anda berniaga dengan cara menjual sesuatu perkhidmatan dan kemudiannya, setelah selesai kerja anda, anda akan dibayar UPAH dalam nilai USD.

Kerja apa? Ha, asalkan anda boleh buat kerja yang dipinta atau kerja yang anda mahir, anda dah boleh mula buat duit sebenarnya. Tak perlulah tahu semua benda. Cukuplah mula dengan idea dan kemahiran yang anda ada. Tak semestinya kerja yang berat-berat. 


Fiverr Ni Macam ‘Lubuk Upah Buat Kerja’. Fiverr yang saya maksudkan adalah sebuah laman web www.Fiverr.com.

Jika anda layari web ni, anda akan dapati web ini mengandungi begitu banyak servis yang ditawarkan oleh ramai orang dari seluruh dunia. Ada dari UK, Australia, India malah dari pelbagai negara dan pelbagai bangsa.

Dengan pelbagai pilihan servis ini, ramai pelanggan akan mendapatkan servis mereka, pada harga yang murah.

Secara ringkasnya, langkah buat duit di Fiverr adalah semudah berikut:
  • Anda tawarkan servis » 
  • Pelanggan membuat tempahan » 
  • Anda menyiapkan servis yang ditempah tersebut » 
  • Anda serahkan kepada pelanggan » 
  • Duit masuk ke akaun anda!

Anda akan dapat lihat pelbagai jenis servis yang disediakan. Tapi haruslah diingat. Nak maintain 5 tempahan sehari, bukan tugas mudah. Kena ada ilmu, disiplin dan sudi lapangkan sedikit masa harian anda untuk selesaikan tempahan pelanggan.

Belajar ilmu cara buat duit di Fiverr dari mereka yang berpengalaman dan telah berjaya buat duit $$$ di Fiverr.… saya jamin, anda tiada masalah selepas ini untuk meraih pendapatan pertama di Fiverr.

    Catat Ulasan