Khamis, 1 Disember 2016

Adat vs Ibadat



Masyarakat Melayu Islam mempunyai amalan keagamaan yang tersendiri. Amalan-amalan ini diwarisi daripada generasi sebelum mereka. Hari ini, kedengaran suara dan tulisan yang mempertikaikan amalan - amalan yang dilakukan oleh masyarakat tersebut. Kritikan dan pertikaian terhadap amalan ini disandarkan kepada sebuah hadis Nabi SAW. Akibatnya, timbul pergaduhan dan perbalahan dalam kalangan masyarakat Melayu Islam. Oleh itu, milikilah buku ini bagi mengetahui jawapan kepada beberapa persoalan mengenai amalan masyarakat Islam di Nusantara.

  • Kelebihan 1 - Perbincangan tentang sesuatu isu dan amalan yang kerap menimbulkan perbalahan dibincangkan secara ilmiah.
  • Kelebihan 2 - Antara wasilah utama untuk memahami panduan Islam berdasarkan kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam suatu amalan yang berlegar dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
  • Kelebihan 3 - Semoga penjelasan dalam buku ini dapat mendidik individu menjadi seorang Muslim yang moderat, dan mampu mewujudkan suasana harmoni dalam komunitinya sendiri.
  • Kelebihan 4 - Gaya persembahan buku yang menarik, ringkas dan mudah difahami.





Catat Ulasan