Ahad, 25 Disember 2016

40 Soalan Sebelum Memohon pinjaman Perumahan




Apa sahaja jenis pinjaman perumahan yang anda untuk membeli apa sahaja jenis hartanah, buku ini akan membantu anda memahami dokumen-dokumen yang anda tandatangani apabila anda mengambil pinjaman perumahan.

Buku ini mengandungi semua soalan (dan jawapan) yang perlu anda tanya peguam anda sebelum menandatangani sebarang pinjaman perumahan.

Buku ini akan:
  • Membuat anda faham tentang jenis-jenis pinjaman perumahan dan institusi-institusi yang menawarkan.
  • Menerangkan apakah pinjaman perumahan konvensional dan pinjaman perumahan Islam serta dokumen-dokumen yang digunakan ketika meminjam salah satu daripada -pinjaman-pinjaman ini.
  • Menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan penjelasan awal pinjaman, tempoh masa terkunci, rebat dan penalti.
  • Menerangkan apakah maksud margin, penilaian dan tempoh masa pinjaman.
  • Menerangkan dengan jelas bagaimana pinjaman perumahan diproses, bagaimana pemeriksaan latar belakang kredit dilakukan menggunakan sistem CCRIS dan CTOS.
  • Menerangkan keseluruhan transaksi pembelian hartanah dengan pinjaman perumahan secara infografik.

Cara pembacaan mudah dan contoh-contoh yang boleh diaplikasikan akan memudahkan anda untuk mencari topik-topik dalam buku ini mengikut keperluan anda. Buku ini adalah buku yang melengkapkan buku-buku tulisan Khairul Anuar sebelum ini dan apa jua buku mengenai hartanah dan kewangan. Buku ini tidak dipenuhi dengan terma undang-undang seperti ‘institusi kewangan’ yang digantikan dengan perkataan mudah seperti ‘bank’ untuk memudahkan ia difahami oleh para pembaca.

Catat Ulasan