Rabu, 22 November 2017

Rahsia Perniagaan Biskut Di Rumah



"Modal Rendah, Untung Tinggi"

Perniagaan Biskut Cukup Ringkas...Kenapa? Kita langsung tidak memerlukan peralatan yang banyak. Memadai dengan oven untuk membakar biskut yang kita hasilkan. 

Tahukah anda? Permintaan terhadap biskut murah juga sangat tinggi. Ramai yang beli untuk cukup syarat apabila tetamu datang ke rumah. Ada biskut raya. Malah ada yang berfikiran "Ala.. Biskut tu orang yang makan..bukan aku yang makan".

Ya. Itu realiti sekarang ini.

Sendiri makan nak yang sedap dan mahal, orang lain makan biarlah biskut murah murah. Malah di pasaraya, sudah mula ada lambakan biskut raya yang dihasilkan oleh kilang kilang besar.

Rasanya sama, cuma bentuk sahaja berbeza. Malah jika tidak bernasib baik, anda mungkin akan mendapat biskut yang "tengik" kerana sudah lama dihasilkan. Jadi nasiblah siapa yang terkena.

Jika dah terkena sekali, pasti lain kali akan mengelak daripada membeli di pasaraya. Takkan nak hidang biskut tengik kepada tetamu yang datang. Pada awalnya nak jimat, kini menjadi rugi pula kerana membeli biskut yang tidak boleh dimakan.

Berita baiknya, ramai mula mencari biskut biskut yang dihasilkan secara homemade. Pastinya biskut ini segar dan baru sahaja dihasilkan. Ini akan membuka peluang untuk anda menyerlah sebagai seorang usahawan biskut.

Ia adalah satu pelaburan yang terbaik untuk ilmu. Mungkin ia boleh mengubah hidup anda ke tahap yang baharu.






Catat Ulasan