Ahad, 27 November 2016

Rahsia Memperolehi Rezeki Melimpah Ruah Dan Diberkati



Pernahkah anda merasa, kadang-kala begitu sukar untuk anda memperolehi wang? Apabila memperolehi wang, seringkali ia tidak mencukupi.. lebih teruk lagi, setiap bulan, pasti akan ada sahaja hal-hal di luar jangkaan yang berlaku yang menyebabkan anda perlu mengeluarkan wang dari poket anda.

Kereta eksiden, anak sakit, kawan nak pinjam duit, peti ais di rumah rosak, isteri merajuk ajak pergi bercuti, bil air dan elektrik tiba-tiba melambung tinggi, kedai depan rumah buat jualan murah, kena tipu dengan skim pelaburan cepat kaya dan bermacam-macam lagi. Setiap bulan, ada sahaja perkara yang meragut keluar duit anda dari poket.. .. agak sukar untuk membuat sebarang simpanan. Lebih malang... kadang-kala terpaksa berhutang pula dengan rakan-rakan.

Jadi? Apakah Masalah Yang Sebenarnya?

Kadang-kala, ramai yang terlepas pandang. Mereka menyangka, segala rezeki yang mereka perolehi adalah disebabkan usaha titik peluh mereka semata-mata. Sedangkan, segala-galanya adalah pemberian dari Allah. 

Kehidupan yang kaya, sederhana atau miskin.. bukanlah kayu pengukur yang tepat untuk menentukan bahawa rezeki yang anda perolehi adalah rezeki yang diberkati atau tidak. Ia sebenarnya terletak pada rasa "syukur" yang wujud dalam diri. Namun begitu, ramai yang terkeliru dengan pengertian syukur ini dan kurang jelas dengan hakikat sebenar "rasa syukur"..









Catat Ulasan