Ahad, 6 November 2016

Never Give Up!



Pernah tak rasa down dan lemah bila bisnes anda ada banyak masalah?

So, cara nak tangani perasaan macam ni ialah.....anda kena tanya balik diri anda, apa objektif asal anda buat bisnes. Apa target anda?

Nak tolong family?

Nak tambah income untuk bayar hutang yang bertimbun?

Nak tampung yuran belajar adik beradik?

Nak kumpul duit downpayment rumah?

Tak kisahlah apa pun objektif dan target anda buat bisnes, yang penting anda TAK BOLEH STOP selagi anda tak capai target tersebut. Apa jadi pun anda mesti usaha teruskan jugak.

Kalau anda nak tahu, kebanyakan kisah turning point ramai orang berjaya dalam bisnes ialah selepas mereka hadapi  satu masalah besar, zaman kejatuhan dalam bisnes mereka.

Bayangkan kalau masa tu mereka give up dan stop, thats it,  sampai situ sahajalah terkubur bisnes mereka.

Tapi mereka pilih untuk hadapi masalah tu, cari jalan untuk selesaikan. Mereka sanggup bersusah payah, gagal berkali kali dahulu hinggalah akhirnya bertemu kejayaan.

Itulah semangat berniaga yang sebenar! Memang begitulah lumrahnya. Orang yang giveup dan takut gagal adalah orang yang tak layak untuk berjaya dalam bisnes.

Jangan sesekali give up! Mungkin kejayaan anda berada beberapa langkah je lagi di  depan. Kalau anda giveup dan berhenti, anda tak akan dapat rasa kejayaan itu.

Teruskan, kuatkan semangat sedikit  sahaja lagi untuk capai kejayaan  tersebut.



Catat Ulasan