Jumaat, 18 November 2016

Mahasiswa jutawan


Buku ini ditulis bagi berkongsi idea-idea tentang kewangan untuk mahasiswa agar golongan ini mampu untuk survive dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran.

Selain itu, turut mendorong mereka untuk terus berusaha mengumpul wang dan meningkatkan pendapatan dari semasa ke semasa.

Tidak mustahil, dengan usaha gigih yang dilakukan boleh memberikan kekayaan dan kebahagiaan buat mahasiswa di Malaysia. Kita perlu melakukan sesuatu jika ingin berjaya. Maka sebelum itu, kita harus belajar terlebih dahulu cara untuk menjadi kaya.

Antara yang menarik:

  • Teknik-teknik berkesan mengenai perancangan dan pengurusan kewangan bagi membantu mahasiswa menjana kewangan dan simpanan
  • Menekankan kepentingan dalam membuat perancangan kewangan agar mahasiswa bebas daripada belenggu masalah kewangan
  • Memberi pendedahan kepada mahasiswa berkaitan kepentingan membuat simpanan dan pelaburan pada masa hadapan
  • Mengemukakan teknik-teknik yang sangat praktikal dan mudah untuk dijadikan panduan oleh mahasiswa




Catat Ulasan