Rabu, 2 November 2016

Banyak betul isu minggu nie ....




Memang banyak sangat isu minggu nie yang berkaitan dengan isu minyak...hospital...bola sepak....artis... dan macam-macam lagi .... 

Apa-apa pun bertenanglah wahai hati. Jangan terbabas sampai lupakan cara nak bertenang. 

Pada yang berniaga ingat tujuan asal kita nak bantu orang. Pada yang baru nak mulakan perniagaan pun sama, ingat berniaga sebab nak bantu orang bukan sebab kos sara hidup tinggi dan takda duit. Memanglah sekarang semua barang mahal semua nak pakai duit. 

Apa salahnya berniaga sebab nak tampung kos sara hidup dan nak teruskan hidup? Takda cakap pun salah... Cuma dalam berniaga ni pelik sikit. Kena ada matlamat dan tujuan lebih besar daripada tu. Sebab kita berniaga bukan sekadar nak jaga makan minum diri je. Tapi berniaga nak bina legasi dan masa depan yang lebih berat dan besar serta jangka panjang. Takut nanti impian setakat tu je, bila diuji lagi, teruk jadinya. Landasan memang kena sentiasa betul. Gitu... Fokus penyelesaian. 

Kejar duit, duit lari... Jangan dikejar. Macam kita fokus dunia ajelah. Risaukan hidup dunia. Akhirat tak risau pun. Pelikkan? Betulkan mindset tu dan betulkan diri kita dulu apa yang patut tak betul tu. 

Boleh? 

Jom istifar semoga dosa kita hari ni yang banyak sangat ni duk marah pasal itu ini terhapus lah. Tenanglah wahai hati dan tidur. Jom ingat Allah bebanyak.
Catat Ulasan