Khamis, 27 Oktober 2016

Sunnatullah Mencari Rezeki



Allah SWT memberi rezeki kepada burung, tetapi Dia tidak melemparkannya ke dalam sarang burung.

Dia menetapkan bahawa burung itu mesti berusaha mencari rezekinya. Sebab itulah setiap burung terbang keluar pada waktu pagi untuk berikhtiar mencari rezekinya dan pulang pada waktu petang dalam keadaan perut kenyang.

Inilah Sunnatullah.

Kita sebagai manusia juga tidak akan terlepas dari sunnatullah ini. Jika kita ingin memperoleh rezeki yang banyak, kita harus gigih berusaha. Kita mesti bergerak aktif menjemput rezeki kita.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri..” (Ar-Ra’d:11)

Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya sesuai dengan kualiti ikhtiarnya. Jadi, jika usaha kita cuma secawan, jangan mimpi nak dapat sebaldi. Kita tidak akan mampu menanggungnya nanti.

Sikap terbaik yang harus kita lakukan adalah gigih berikhtiar menjemput rezeki, diiringi dengan doa dan tawakal kepada Allah SWT.

Kita serahkan sepenuhnya kepada Nya. Sungguh Allah Maha Luas kurnia Rezeki-Nya.


Catat Ulasan