Isnin, 24 Oktober 2016

Kelebihan baca Quran awal pagi yg ramai tak perasan






Al-Quran ini Tuhan ibaratkan seperti ubat. Ia ada hidden healing effect (syifa' fis sudur), kesan penyembuh yang hanya dirasai oleh pengambilnya :


'Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu Al-Quran, peranannya
sebagai pengajaran dari Tuhanmu, penawar bagi penyakit batin dalam hatimu,
sebagai hidayah petunjuk serta rahmat bagi orang beriman'. (Surah Yunus, 57)


Kita ni nampak je luarannya sihat, tapi dalamannya sakit. Kita cepat sakit hati, tak puas hati, geram, dengki, keras hati, lupa bersyukur, cepat putus asa, banyak berprasangka, pemalas, buang masa, suka maksiat & jauh dari Tuhan. Status kita parah sebab, kebanyakan masalah hidup yang kita hadapi sekarang berpunca dari sikap negatif inilah.


Tapi bila kita mulakan hari dengan membaca Al-Quran, kita sedang makan 'ubat & pil vitamin' hati.


Macam pagi tadi saya baca Surah Yusuf. Biasalah kan, kita ni bila bangun tidur mulalah risau banyak kerja, takut hari ni rezeki tak lancar dll. Itu petanda hati kita mula diserang penyakit. Kemudian bila saya 'telan pil', baca kisah Nabi Yusuf, hati saya mulai tenang.


Saya disedarkan, sebenarnya hidup ini so wonderful. Masalah yang saya hadapi sebenarnya amat kecil jika dibandingkan dengan idola saya, Yusuf. Baginda dulu hidupnya lagi 'hire-wire'. Sejak kecil terpisah dari ibu-bapa, abang sendiri nak bunuh, jadi hamba abdi, masuk penjara, kena fitnah & so on.


Pendek kata hidupnya bukan seharian teruk, tapi bertahun!


Orang begini jika berdasarkan zahir, pasti hatinya penuh dendam kesumat, dengki, pemarah, negatif, putus asa dll. Tapi Nabi Yusuf sebaliknya. Baginda kekal positif & rileks. Keep calm kerana baginda dapat 'power' tawakkal dari Tuhan.


Bila baca kisah ni, saya tak sempat pun nak berfikiran negatif sebab dah ada benchmark Yusuf dalam hati. Saya termotivasi utk merencana lebih baik & pergi lebih jauh kerana saya belajar dari Yusuf, seorang yg asalnya hamba pun boleh jadi somebody berjaya (menteri).


Apatah lagi kita yg ada SPM, Degree, Masters & PhD!


Bacalah Al-Quran di awal pagi. Ia bakal beri kesembuhan dlm bentuk keyakinan.
Rasa yakin utk kita menghadapi segala cabaran harian sebab, kita pun memulakan hari dengan 'pil vitamin' sama dengan Nabi Yusuf ambil, iaitu 'pil' tawakkal


keyakinan utk lakukan segalanya kerana kita disupport & dibantu Tuhan.


Itulah medicine dari Al-Quran. Dan ubat ini hanya akan berfungsi jika kita 'telan' setiap pagi. Kalau tak telan (baca Quran), macammana ia nak sembuhkan penyakit kita kan?


Jangan lupa ya, ambil pil ini sebelum pergi kerja. Anda pasti ada extra energi sepanjang hari.


Dan oh ya, ubat ni sifatnya tak boleh ambil sekali sehari je. Kena ambil 5x sehari. Bukan selepas makan, tapi selepas solat.


Senyum :)


P.S : Ubat ini (Al-Quran) ada cara pengambilannya. Maksudnya, ada tatacara bacaannya tersendiri yg dipanggil tajwid. Ilmunya simple je tapi ramai orang fikir susah.

Jom hadiri seminar Tajwid Luarbiasa. Dalam 2 hari sahaja,  anda akan kuasai tajwid & ilmu bacaan Al-Quran  hingga ke tahap yakin baca Al-Quran sendirian
& mampu ajar anak-keluarga di rumah :)

Catat Ulasan