Rabu, 26 Oktober 2016

Baca je walaupun tak faham, sebab ia ada SIDE EFFECT



Ada satu buku ni memang pelik sikit. Buku lain kita baca utk faham, tapi buku ni kita baca juga tapi ramai yang tak faham.

Nama buku itu Al-Quran.

Disebabkan tak faham (yelah, ia dlm bahasa arab kan?), kita tak begitu teruja nak 'dig deeper' isinya. Tak macam fb, teruja je nak baca. Tapi buku ni ada satu SIDE EFFECT yg tiada pada buku lain, even wassap pun tiada.

POWER, side effectnya adalah ....ia boleh datangkan keberkahan dlm hidup.

'(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan BERKAH, untuk mereka memahami kandungan ayatNya, dan untuk mereka yg gemar mengambil iktibar'. (Surah Sod, 29)

  • Hidup yg berkah, masalah banyak pun tapi kita ada keyakinan nak menghadapinya.
  • Hidup yg berkah, duit sedikit dirasa nikmat. Dirasa banyak
  • Hidup yang berkah, rumah kecil tapi kebahagiaan memenuhinya.
  • hidup berkah, hati mudah je terpanggil nak sedekah, pergi masjid & sayangi orang.

Berkah. Barokah. Keberkatan. Itulah yang kita dapat bila baca Al-Quran.

Bacalah Al-Quran agar hidup kita terisi dengan berkah. Bacalah walaupun tak faham sebab kita pasti dapat manfaat. Wajibkan diri membacanya at least semuka sehari walaupun ganjaran pahalanya tak pernah dilihat, tak pernah dirasai.

Kerana Al-Quran ni bukan tulisan biasa. Al-Quran adalah Kalamullah.... idea, firman Tuhan. 'Deal' dengan Tuhan tiada yang sia-sia. Semuanya nikmat, semuanya manfaat belaka.

Untuk mereka yang 'believe' : beriman.

Andai anda masih bermasalah membaca Al-Quran, masih banyak 'sangkut-sangkut' ketika membacanya ..Hadiri seminar Tajwid Luarbiasa. InsyaAllah dlm 2 hari sj, anda ada ilmu yg cukup utk lebih yakin baca Quran tanpa salah-silap. Lebih yakin join tadarus & lebih yakin mengajar anak baca Quran sendiri di rumah.


--> Dewan Produktiviti MPC, Bandar baru Uda, J.B pada 28 & 29.10.16


Maklumat lanjut, layari :

Catat Ulasan